Apa yang akan saya kongsikan bersama
kadang-kadang tak boleh apply kepada semua orang.
Apa yang akan saya kongsikan ini
berdasarkan pengalaman sendiri dan nasihat daripada mereka yang saya hormati.
Apa yang saya kongsikan moga bermanfaat,
kerana tulisan ini khas buat adik-adik yang disayang, yang bakal datang ke
irbid, terutamanya adik-adik yang bakal menempuh alam sebagai pelajar perubatan
Jordan University of Science and Technology.
Sebelum saya terus ke isi penting, nak
cerita sikit kenapa saya letak lagenda, sebabnya apa yang akan saya tulis sudah
seringkali disebut oleh generasi-generasi sebelum kita, seolah-olah sebuah
lagenda yang sering diingati tetapi kurang dihayati.
Gelap sebenarnya tidak wujud, tetapi gelap
cumalah keadaan tanpa cahaya. Jadinya saya letak cahaya disini kerana saya
beranggapan point yang akan ditulis adalah antara perkara yang akan mengelakkan
kita daripada berada dalam keadaan tanpa ‘cahaya’, iaitu gelap.
Okay, so now sit back, relax and read ;)
1. Untuk apa
saya di sini?
The man who doesn’t get
what he wants, suffers.. but the one who doesn’t know what he wants, suffers
the most
Begin in the end in mind,
saya masih ingat seorang sahabat yang senada hidupnya! Hidup dengan buku sahaja.
Keluar tak hendak, bersosial kurang. Balik kuliah masuk bilik, makan solat
tidur. Tiap-tiap hari rutin yang sama. Tetapi bila naik tahun, sekelip mata
saya lihat dia berubah. Dia makin banyak membeli buku-buku rujukan yang lebih
luas dan dalam tajuknya, mula mendengar ceramah-ceramah ulama di youtube bahkan
sudah kerap bertandang,berkongsi pendapat bila kami buat gathering. Fuh!! Apa
sudah jadi?
“Mestila aku dah lain,
niat di hati nak bukak hospital kebajikan, kena mula dari sekarang la, haha”
Terdiam. Balik tu saya pun
pasang impian satu tampal kat dinding bilik .
2.Keluar
daripada zon selesa
Satu kisah saya baca di
facebook tentang seekor katak yang berendam dalam air panas. Makin ditingkatkan
suhu air, katak itu tidak lompat keluar sebaliknya dia cuba sesuaikan diri
dengan suhu panas itu. Suhu air ditingkatkan gradually sampaila satu tahap,
katak itu mati.
Apa yang membunuh si
katak? Mostly akan jawab suhu air yang panas. Tetapi tidak, yang membunuh katak
ialah kehabisan tenaga untuk melompat keluar apabila suhu air sudah terlalu
panas sebab semua tenaga digunakan untuk adapt dengan suhu air yang meningkat
perlahan-lahan.
Suhu air disini ibarat zon
selesa itu. Makin radius zon selesa kita meningkat, contohnya kemalasan yang
bertambah-tambah, atau tidak mahu berubah daripada tabiat yang lama, maka
energy kita akan lupus sebab kita guna energy untuk adapt dengan zon itu.
Sampai satu tahap kita
akan ‘mati’. Zon selesa itu bakal makan diri kita. Sampai satu tahap sukar
sekali untuk kita keluar daripada zon itu, sehinggakan keadaan terasa seperti
dah ditakdirkan begini padahal kita yang menyebabkan keadaan sedemikian.
3. Membaca
dan menulis
pesanan mantan presiden
mpmm sesi 13/14, saudara arif amin yang saya akan ingat sampai bila-bila.
“Menjadi mahasiswa, dua
perkara yang sangat perlu ialah membaca dan menulis.”
Knowledge is power,
writing is the sword.
Di university mana ada
cikgu-cikgu nak ajar , nak push suruh tulis karangan semua, kita sendiri yang
kena wujudkan environment itu. Percayalah, jika hari ini kita masih lagi
membaca bahan-bahan picisan, dalam kalangan orang bagaimana kita nak duduk
bersama nanti?Tak kan nak sembang pasal perkembangan artis? Bayangkan.
Kita jiwa muda, otak tak
berkarat, masih belum dijangkiti sebarang anasir, inilah masa untuk kita
mencari sesuatu untuk dijadikan prinsip. SO that one day bila kita berhadapan
dengan perkara yang mencabar tindakan daripada kita, kita tidak mudah
goyah.(Anda mungkin kurang faham selagi belum berhadapan dengan sendiri:/ ,
hopefully mesejnya sampai)
Tetapi jangan pula
menjadikan apa yang dibaca dan apa yang ditulis sebagai wadah nak jatuhkan
orang lain. Itu beerti kita rupa-rupanya banyak membaca dan menulis tetapi tak
kemana, masih di tampuk yang sama. Sebab ada ilmu tetapi tidak ada amal, tidak
ada adab.
You learn martial arts not
to attack, but to defend.
4.Saya mahu
jadi doktor yang bagaimana?
Kalau zaman universiti
kita dah agak jauh dengan Allah dengan Alquran sebab sibuk baca buku medic
tebal-tebal, bayangkan dah jadi doktor nanti bagaimana?
Kalau zaman universiti tak
ambil berat soal ketetapan masa, sudah jadi doktor bagaimana?
Saya nampak manusia memang
lemah. Kadang-kadang tidak kuat kalau kita seorang sahaja yang nak jadi A
sedangkan environment B. Jadi kita ambil cara mudah untuk jadi B jugak. Tapi
kita sebenarnya nak jadi bagaimana?
Adik-adik, kawan-kawan,
dari tahun satu sampai tahun enam saya cabar kalian untuk tidak pernah give up
dalam menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam masa.
Saya cabar kalian untuk
tidak pernah give up dalam mencuba datang ke kelas on time dan tidak ponteng.
5. Bahasa
syurga
Tentang bahasa arab tidak
banyak yang ingin saya ulas. Dalam kata yang mudah, anda tidak cari, anda tak
akan jumpa. Bahasa arab tidak berbentuk bulat yang akan datang bergolek juga
tidak berbentuk pipih untuk datang melayang.
Tuntutlah bahasa itu.
Dengan senior, melalui pergaulan harian, dengan kawan-kawan arab. Selesa dengan
melayu sahaja pun payah (hahh ini pun antara zon selesa yang anda perlu lompat
keluar bila perlu)
6.Hidup
seorang pengembara
Pesan sister yasmin
mogahed, hiduplah seperti seorang pengemabara, a traveler. Kita semua maklum
hidup ini sementara, tapi kita tak terasa sangat sebab dunia tidaklah sesingkat
pergi travel europe dalam dua minggu gitu. Heh, padahal kita tidak tahu pun
tempoh nyawa masing-masing.
Bersahabatlah dengan
kesusahan, kata ustaz hasrizal. Rumah nak cari dekat irbid 6 tahun sahaja pun
nak duduk, sekadar yang perlu pun dah cukup tidak perlu ke tahap selesa yang
melampau. Sebarang kerosakan, ilmu nak pasang/baiki peralatan rumah yang
simple-simple, cubalah belajar. Tak rugi pun.
Kalau sekarang kita dah
pernah jumpa kesusahan, one day kalau jumpa lagi, “InsyaAllahboleh handle, aku
dah pernah jumpa susah yang lagi teruk dulu :)’’
7.Belajar
untuk matang
Belajar apa erti memberi,
tanggungjawab, amanah, berlapang dada, common sense!!
Belajar untuk seimbangkan
emosi dan rasional.
Belajar untuk menjadi
mahasiswa muslim kelas pertama, bukan pelajar sekolah menengah yang boleh
‘berfoya-foya’ lagi macam dulu.
Belajar untuk memahami
orang lain sebelum kita difahami.
Belajar untuk menerima
perubahan.
Belajar untuk mendengar
Belajar untuk memaafkan
Belajar untuk memerdekakan
jiwa.
After thinking a while, saya terasa macam
nak tambah a few points,eheh,( yang ni lebih general)
Menjadi pelajar baru
Setiap hari pun kita sebenarnya merupakan
pelajar baru. Setiap hari merupakan permulaan yang baru sebenarnya.
Kalau semalam kita merokok, hari ini kita
berazam untuk berhenti, maka hari ini kita pelajar baru yang tidak merokok.
Jika semalam kita ponteng, hari ini bermulalah untuk terus beri komitmen kepada
kelas.
Bangun pagi, lihat ke dalam cermin, katakan
“aku adalah pelajar baru.” Jangan segan untuk mula daripada kosong.
Jika semalam kita baru sahaja graduate,
hari ini baru ada rasa keinginan untuk merancang kewangan, jangan rasa sudah
terlewat.
Jika semalam kita putus cinta, hari ini aku
adalah pelajar baru dalam menuntut cinta ilahi
Berubahla setiap hari untuk menjadi yang
baru yang lebih baik. Selagi nyawa dikandung badan kata orang.
Duit
Saya mengikuti seminar pengurusan kewangan
bawah senior Hilmi (ambil jurusan medik juga). Saya juga mendengar perancangan
seorang sahabat baik yang plan nak kahwin so dia kena susun perbelanjaan
elok-elok. Terkedu saya bagaimana dia merancang kewangan sampai tahap
berbekalkan duit yang disimpan, dia mampu untuk survive 3-4 tahun sementara nak
dapat gaji bahkan bole beli kereta sebuah! MasyaAllah.
Money is not everything, but everything...
needs money
Duit tajaan sebenarnya lebih dari cukup.
Kadang-kadang shopping terlalu banyak melebihi keperluan pun satu... masalah
juga.
Macam saya ada sebut, berkawan dengan
kesusahan, hiduplah seperti seorang musafir, kita bukannya lama pun di sini.
Letak tujuan di hujung nanti kita bagaimana.
Contoh jika anda plan nak kahwin sewaktu
belajar, ataupun nak buka klinik sendiri, bayangkan jika anda cut perbelanjaan
sampingan yang tidak perlu itu dan mula menabung sekarang, how much you can
save?
Allah,Allah.. sesungguhnya apa yang saya
tulis ini juga berat bagi saya. Tapi saya harap tulisan ini bermanfaat buat
pembaca. sekian
I shall
be telling this with a sigh
|
|
Somewhere
ages and ages hence:
|
|
Two
roads diverged in a wood, and I—
|
|
I took
the one less traveled by,
|
|
And
that has made all the difference.
|
|
-the
road not taken
Wan Ajeerah, Ketua Helwi PERMAI