Wednesday, November 26, 2014

Hujan Korban Kuliah

4 tahun di irbid,4 kali winter.. masih teruja bila asap keluar dari mulut
tidak kira berapa kali pun melalui winter, insyaAllah akan masih teruja
bab 3: belajar cara merasakan benda yang sering berulang tetapi sentiasa terasa segar..
Nasihat itu adalah sesuatu yang berulang-ulang. Yang diulang kepada mereka yang lupa. Siapa yang sering lupa itu ? 

***
Hari ini, dah masuk hari ke-3. Hujan seakan-akan belum puas melepaskan rindunya pada bumi tandus Irbid ini. Seperti hari biasa, sejurus turun dari bas, aku dan rakan-rakan berjalan menuju ke dewan kuliah. Pagi di JUST hari ni tak sekelam Irbid.Cerah sedikit, ronanya biru bercampur jingga. Barangkali matahari segan untuk memancarkan diri.Itulah pagi dhuha di JUST. Indah sekali.

Namun,cerah pagi itu tiba-tiba dikejutkan setitis air .Semakin mendekati bangunan baru, langit yang tadinya biru diganti awan kelabu berarak sedikit demi sedikit, makin melaju.Pantas langkah sahabat-sahabat yang sedang menuju ke dewan kuliah masing-masing turut mempercepatkan langkah masing-masing.

Hebat bukan..?
Rintik hujan yang sekecil-kecil itu bisa sungguh mencemaskan seramai-ramai manusia...

Langit biru semakin ditewaskan oleh gerombolan awan kelabu yang garang.Hujan turun dengan lebatnya. Dentuman petir yang sambung-menyambung, kilat yang memancar, merampas ketenangan dhuha itu.

Ya Allah,kenapa Kau gantikan langit biru dengan awan kelabu yang mencemaskan..?? Dilirik lagi langit yang tak kunjung cerah. Lalu sahabat aku berdoa seperti doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

” Ya Allah,turunkan hujan yang berguna(Allahumma soyyiban naafi’an)"

Ketika di asrama dulu, masih aku ingat lagi seorang senior,tiba-tiba berhenti, menadah tangan dan berdoa di gazebo asrama puteri. Senior yang baik akhlaknya dan juga mantap akademiknya. Disebalik hujan-hujan yang mencurah-curah membasahi court, warga aspuri lain tampaknya kelam kelibut berusaha menyelamatkan jemuran-jemuran kesayangan mereka, beliau tegak dan tenang di situ, lama doanya. Kerut-kerut di dahi menghiasi raut wajahnya.Harapan dan kesungguhannya masih terbayang-bayang di mata.

Saat aku melihat tentera rintik- rintik hujan mula membasahi bumi JUST ini, pastinya tetap dan masih aku kagum apabila mengenang kembali saat itu.Semoga dalam hari-hari hujan membasahi bumi Irbid ini, kita tidak pernah jemu untuk mengambil manfaat ini, lagi-lagi di bumi Irbid yang jarang-jarang sekali disinggahi rahmat Allah ini.

Rasulullah pernah bersabda,
“Dan berdoalah saat doa-doa diperkenankan:saat bertemu tentera-tentera(berperang),ketika hendak mendirikan sembahyang dan saat ketika turunnya hujan..”(Riwayat at-Tarmizi)

Cikgu Hisyam,cikgu praktikal yang sempat mengajar mata pelajaran Kimia ketika aku tingkatan empat pernah berpesan..

“satu lagi jangan lupa doa masa hujan,antara saat doa dimakbulkan ialah saat turunnya hujan..”
Berdoalah, sebanyak titik-titik hujan. 



Hujan Di Tanah Gersang Irbid.Petanda Rahmat Tuhan itu masih belum putus,kepada kita semua yang masih lagi tenang dalam kelalaian,semakin hanyut dalam mimpi-mimpi,hingga terkadang kuliah tergadai,bagai merelakan sedikit demi sedikit keberkatan itu semakin menjauh. 

Keberkatan, benda yang tak nampak di mata manusia.Mungkin itulah antara sebab kenapa kita masih lagi tenang dalam kelalaian kita pada hari ini.

Keberkatan, yang hanya bisa dirasai oleh mata hati.

Cerkas: Cerpen Ringkas ini telah diubahsuai dari cerpen asal,catatan untuk diri sendiri dan juga semua warga Irbid.

***

"..Allah turunkan hujan sebab Allah nak bagi kita pelangi..",kata seorang sahabat.
"..Allah turunkan hujan kat bumi Irbid ni supaya Allah nak kita banyakkan berdoa.Berdoalah, sebanyak titik-titik hujan. Moga kita semua tidak lagi senang dan bermudah-mudah untuk tidak hadir ke kuliah
", tambah seorang sahabat lagi.

KITAlah yang sering lupa itu. Lupa bahawa hujan itu membawa rahmat.Kita juga mungkin lupa,nak memetik bunga di musim sejuk ini , adalah satu perkara yang tak semudah yang disangka.Ada harga yang perlu dibayar, ada nafsu yang perlu dikorbankan.

***
26 Nov 2014,
7.05pm-Irbid, Jordan,
Hujan dan Angin tak berhenti lagi.

No comments:

Post a Comment