" Bersyukur la kau bukan budak medik, aku tengok budak medik ni lagi kesian kot, sekali exam tapi material dia boleh buat jiwa kau kacau.., walaupun diorang ada study week, tapi bila dah dua tiga hari sebelum exam tu, mula la jiwa kacau, hati tak tenteram, boleh dapat high level stress tau!",balas budak iktisod.
" medik ka,dentist ka, iktisod ka, syariah ka..semua sama ja sebenarnya , masing-masing ada ujian masing-masing, kalau budak iktisod dan syariah ujian dia lain plak, ujian masa lapang.heh", balas ketua qisim usul fiqh.
***
A: eh, kalau kau stress apa yang kau buat ?
B: kalau aku stress aku suka keluar, bagi aku study week tu bukan bermakna 24 hours kau duduk mengadap buku/lecture notes je memanjang.Bagi aku, study week adalah hadiah untuk kita merancang cara hidup yang sihat lagi berkat. *pandang langit*
A: Kau keluar gi mana ? Kau tak rasa membazir masa ka nak keluar , nak kena siap lagi, nak kena jalan lagi, paling kurang sejam atau setengah jam la kau dah bazirkan masa, setengah jam tu dah berapa muka surat lecture notes dah kau boleh hadam dan habeskan.. rugi..rugi..
B:Aku pergi jumpa orang.Ikutla, pergi ziarah sat ka rumah sesape, atau paling simple pergi solat kat masjid setiap kali waktu solat, yang penting jumpa orang.Aku rasa kalau setakat keluar pergi masjid solat berjemaah tu, tak rugi mana pun, lagipun aku rasa release stress bila jumpa orang, ustaz aku pernah ingatkan aku tentang satu benda ni...
A:benda apa ustaz kau ingatkan tu ?
B:Ustaz aku pernah pesan,
"Tidaklah dua orang muslim yang bertemu , kemudian mereka berdua saling berjabat tangan , melainkan akan diampuni(dosanya) sebelum keduanya berpisah." (HR.Abu Daud)
A: setiap waktu la, sebelum belajar, bila-bila kau suka..
B: ya, betul. Waktu lain yang paling sesuai bagi aku adalah WAKTU sebelum(antara azan dan iqamat)/selepas solat dan tempat yang paling best bagi aku adalah di MASJID, tempat lepak orang beriman. Bukan dulu kau pernah kata nak jadi geng syabab bujang beriman bukann ?
Masjid Pusat Komuniti(Dasar PERMAI) |
A: hahaha, tu time iman aku tengah yazidd kot, time exam macam ni , biasalah, kadang-kadang iman tu yankuz..=='ok.aku faham, kau nak ingatkan aku jaga solat lima waktu kat masjid ka ni ?
B: hurm, cuba kau ingat balik apa yang nabi buat,Rasulullah SAW, apabila baginda berjumpa dengan para sahabat, baginda senantiasa memberikan salam dan berjabat tangan. Anas ra berkata, " Adalah para sahabat Rasulullah apabila berjumpa mereka saling bersalaman dan apabila mereka kembali dari bepergian, mereka berpelukan."(HR.Bukhari).
kalau kau masih ingat, dalam endocrine system dulu kita pernah belajar pasal hormon Oxytocin. Nama glemer dia, "trust hormon". Selain fungi spesifik yang kita belajar dulu, kalau kau nak tahu, antara fungsi hormon ni juga:
1.Dapat mengurangkan 'social fear'.
2.Menyembuh dan mengurangkan sakit.
3.Diet Aid.
4.Antidepressant
(boleh rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut tentang setiap fungsi:klik sini)
dan apa yang paling nice tentang oxytocin ini , perbuatan ringkas-sentuhan-anggota-badan seperti memeluk seseorang dan berjabat tangan akan menyebabkan otak membebaskan 'low level of oxytocin" bagi kedua-dua pihak. haaaa... kau nampak tak apa yang aku nampak ?
A: nampak apa ?? *kelihatan cuba menghadam kembali ilmu tentang oxytocin*
B: Kau nampak tak apa kelebihan solat berjemaah kat masjid dan bersalaman selepas solat dengan seberapa banyak jemaah yang ada kat masjid tu ?!nak nak lagi fatrah exam macam ni. Anggaplah jumpa orang tu sebagai meditasi, tak ada la kau rasa rugi kau pi ziarah atau jumpa orang. Ini baru dari medical view, belum masuk part 'syariah view'. *sengeh*
A: yela, yela, aku tahu, solat berjemaah pahala dia 27 kali ganda dari solat sorang-sorang.nak nak lagi syabab, memang 'wajib' la kan solat kat masjid. *feelinginsaf*
B:haaa, aku tahu kau bukan tak tahu, tapi kau lupa ni.Satu lagi, pernah dengar tak satu hadis ni,
"Sesungguhnya seorang mukmin yang apabila bertemu dengan mukmin lainnya mengucapkan salam dan mengambil tangannya untuk berjabat tangan, maka pasti akan gugur dosa-dosa mereka berdua sebagaimana gugurnya daun dari pohonnya.."(HR.Abu Daud)
Ilmu tu cahaya, cahaya takkan menyuluh masuk menerangi hati yang penuh maksiat dan dosa. Kau percaya ?Kau anggaplah bila kau pergi masjid, kau jumpa orang, kau salam dengan jemaah yang ada sebagai terapi dan penyucian jiwa dan hati untuk kau.cuba bayangkan, dosa-dosa kau gugur setiap kali kau salam dengan orang, kalau sorang bagai gugurnya daun dari pohon, agak-agak kalau kau salam lebih daripada sorang jadi macam mana ?
Mungkin ini tafsiran aku secara literally dan secara akal yang terhad.Tapi aku rasa nice jugak kalau benda(analogi) ni mampu motivasikan kita untuk jaga solat berjemaah kat masjid. In sha Allah.
Kau tahu tak ?Ujian yang Allah bagi kepada hamba dia ada dua sebab,pertama, sebab Allah memang nak uji kita nak tingkatkan iman kita ke tingkat yang lebih tinggi, kedua, Allah uji kita asbab dosa-dosa kita yang menjadi penghalang kepada sesuatu dan mungkin ujian itu adalah satu kafarrah dosa untuk kita.
A:*fikirdalamsentap*.......dan aku harap, dosa-dosa aku duk melagha ,dosa aku yang tak berapa nak jaga pandangan , dan banyak lagi aib yang Allah jaga tidak menjadi penghalang untuk aku belajar dengan mudah dan penuh berkat.betul la tu, dosa tu yang menghalang hidayah, tu yang susah nak belajar,nak faham..dll(dan adik beradiknya)
B: Allahh, aku pun, sebab tu aku rasa memang kena usaha juga nak jaga solat berjemaah kat masjid,lagi-lagi time musim exam yang 'mencabar iman' ni.
***
"..aku harap cerita rekaan aku ni korang dapat hadam dan ambik ibrah, jadi apa resolusi Usrah Syabab Bujang Beriman kali ni ?sorang paling kurang bagi satu resolusi yang praktikal..", kata budak medik mengakhiri cerita rekaannya.
"1.Jaga Solat Berjemaah di Masjid nak nak lagi musim final exam", balas budak syariah.
"2.Kalau stress, keluar rumah, jumpa dan ziarah orang atau keluar main,anggap sebagai terapi dan meditasi nak release stress",respon budak dentist.
"3.Jangan rasa rugi untuk jumpa orang, pergi usrah, pergi program time exam, ambil kesempatan nak bersalaman dan peluk semua orang.hahaha...tapi pandai la susun priority. lagipun ada kawan aku pernah pesan, perniagaan dalam majlis ilmu, orang yang duduk dalam majlis ilmu akan mendapat naungan para malaikat, jadi mungkin kita rugi masa sedikit dari masa-masa yang kita luangkan, tetapi kita dapat untung rahmat dan berkat bertingkat-tingkat...cewaah ", sambung budak iktisod sambil tersengeh-sengeh sendiri.
"Jadi,kita tangguh dulu majlis kita dengan tasbih kafarrah dan surah al asr..",kata budak medik mengakhiri kupasan sesi kali ini.
Usrah Syabab Bujang Beriman.
(Geng Usrah USBB)
Modul Usrah :Antara Dosa, Imtihan Dan Tekanan.
8.15am
5 June 2014.
p/s:Dalam kesibukkan kita menelaah pelajaran, dalam tekanan kita mengadap bahan-bahan peperiksaan, jom sama-sama kita renungkan kisah di atas.
(Siti Amnah Deraman, Timb.Ketua Helwi PERMAI 14/15)
*rujukan 1
*rujukan 2
*kalau ada salah silap tentang post ini mohon maaf dan mohon maklumkan untuk pembetulan.
No comments:
Post a Comment