Saturday, March 22, 2014

Asar Pertamaku Sebagai Presiden


7 Mac 2014
Sidang dewan bertepuk ketika saya selesai membaca teks ucapan dasar.
Hati saya tak berhenti mengucap syukur pad Tuhan.
Selesai memberi ucapan, saya bergegas ke belakang dewan, menunailan solat asar saya untuk hari ini.
Dalam jalan ke belakang dewan, beberapa kawan hadir dan memberi ucapan,
"Tahniah pres"
"Selamat berbakti pres"
Dan ketika itulah, saya mula sedar, ini asar pertama saya sebagai presiden.
.......................
Saya tak tahu bagaimana untuk mengungkap perasaan saya dengan baik. Ianya seperti terlalu kompleks untuk dijelaskan. Saya yakin, saya bukanlah orang pertama yang merasa begini didalam dunia, masih ada ramai lagi kawan2 lain yang melalui waktu2 yang sama seperti ini.
Hari ini, tiba2 sahaja, saya terkenang hari2 pertama saya di Jordan.
Saya masih ingat tiga tahun lepas, ketika saya menjadi ahli biasa didalam komuniti ini. Ketika itu saya juga seperti kebanyakan yang lain, menganggap diri masih terlalu muda dan sebaiknya masa digunakan untuk bermain sahaja. Tak pernah terfikir didalam fikiran saya untuk terlibat dengan persatuan.
Saya masih ingat, di hari2 awal disini, saya tidak memakai akaun bank. Saya menolak sistem riba yang digunakan pihak bank. Segala wang dari Malaysia dibuat melalui western Union.
Di hari2 awal, saya cukup tidak suka dengan sistem murokib di PERMAI. Sata tidak faham kenapa akhwat2 ini harus diteman. Ia seolah olah mencabut hak mereka untuk berjalan sendiri. Mungkin kerana terlahir dalam keluarga yang tiada wanita, maka saya terbiasa dengan sikap bahawa semua orang mampu menjaga dirinya sendiri.
Tetapi waktu berjalan. Manusia pasti akan berubah.
Satu masa, kita pasti alan merenung kembali perbuatan2 kita, pendirian2 kita, lalu kita berfikir baik dan buruknya. Kita tak lagi menjadi anak muda yang hanya bersemangat mempertahan fahaman2 nya, tapi tak dipandu oleh rasional dan kerendahan diri.
Akhirnya, saya mula akur.
Saya mula memakai akaun bank untuk kemudahan, dan saya mula memurokib akhwat. Saya mula beri nombor telefon saya di Ruang Iklan Irbid.
Tapi sayang, tiada yang menelefon.
****************
Saya terkenang penglibatan pertama saya bersama PERMAI, ketika itu adalah hari raya Aidiladha. Maka entah macammana, saya dilantik sebagai 'kuli' . Saya menjadi 'runner' di PUSKOM, turun dan naik kedua dua tingkat itu untuk mengumpulkan daging dan membungkuskannya untuk diberi kepada ahli permai, ketika inilah saya mula mengenali para senior senior hebat yang takkan pernah saya lupa.
Dan antaranya yang akan paling diingati, senior Rockers.
Beliau lah orang pertama yang memanggil saya dengan gelaran 'Mat Rock' . Melihatkan rambut saya yang panjang dan wajah saya yang seakan akan seorang pelakon didalam sitkom Spanar Jaya, maka gelaran itu diberi kepada saya. Memang terasa janggal mulanya, tapi semakin hari saya mula terbiasa dengan panggilan itu.
Sejak daripada menjadi 'kuli' di PUSKOM itulah, saya mula dilamar untuk menjadi AJK kecil didalam program2 lain. Terkadang di bahagian perhubungan dan terkadang di bahagian multimedia.
Itulah antara kenangan awal saya semasa berada disini. Ketika hanya menjadi ahli biasa yang cuba memberi manfaat kepada orang lain.
******************************
Saya suka untuk bertemu dengan kawan2 yang baru pertama kali menyumbang untuk persatuan. Samada Mereka yang hanya menjadi AJK kecil didalam program2 atau didalam mana2 entiti. Selalu saya pesan pada mereka, orang yang bermula dari bawah takkan selamanya berada dibawah. Seorang yang hari ini hanyalah AJK kecil yang tak dilihat, satu hari mungkin menjadi orang besar yang disegani, tapi masih rendah hati dan kaya budi.
Memegang tanggungjawab itu memang berat. Tak hanya berat di dunia, ia juga berat di akhirat. Ia memerlukan kerja keras, kesabaran yang tinggi, juga doa kepada Tuhan tanpa henti.
******************
Ketika terlibat dalam persatuan ada satu hal yang saya temui. Saya temui erti bahagia saya.
Semua manusia diatas muka bumi ini akan berbeza, tapi satu hal yang kita semua sepakati, kita semua mencari erti bahagia.
Dan ketika berpesatuan inilah, saya temui bahawa erti bahagia yang saya cari. Saya mula yakin, bahawa erti bahagia buat saya, adalah pada membahagiakan orang lain.
Lalu apa erti bahagia anda? Sudahkan anda temui?



[Mursyid Amilin,Presiden PERMAI 14/15]

No comments:

Post a Comment