Merupakan buku pertama karya Faisal Tehrani yang saya baca ketika saya darjah 5 tak silap. Masa tu Akademi Fantasia tengah meletop tahun 2004, buku ini sedikit sebanyak kritikan penulis terhadap budaya hedonism ketika itu. Kerna buku ini juga membuatkan saya percayakan tentang wujudnya kerajaan jin.woahh! Dan kerana buku ini, saya mula mengumpul koleksi tulisan Faisal Tehrani.Emel pertama saya ketika di sekolah rendah adalah Nyemah Mulya, merupakan nama watak dalam novel 1515. Melalui penulisan beliau juga(Novel Karbala, dibaca ketika di tingkatan tiga) saya mula mengenali apa itu 'syiah'!(oh, saya bukan syiah ye)
Gambar Hiasan |
2.Tersungkur Di Pintu Syurga.
Buku yang membawa saya mengenal dunia Al Arqam.Ditulis oleh oghe kampung ambe, oghe mache, bekas aktivis Al Arqam~Sampai sekarang saya masih terinspirasi dengan kekuatan gerakan mereka, bahkan kumpulan Nada Murni masih lagi menjadi kumpulan nasyeed yang terbaik yang pernah saya kenali!oops! Sekali lagi, saya bukan ahli al Arqam atau Global Ikhwan ye
3.Laskar Pelangi/Negeri 5 Menara.
Merupakan koleksi tetralogi dan trilogi tulisan indon yang pertama yang saya follow(ye ke ?)Buku yang membuka pintu, buat saya mengenal buku buku indon lain seperti karya Salim A.Fillah dll.Negeri 5 Menara,buku yang dibaca ketika fatrah dekat sekali mau SPM, buku yang saya pinjamkan kepada seorang guru dan kerana buku ini, saya dihadiahi dua buah buku lain Kerana buku ini juga, saya sangat kagum dengan sistem pengajian di pondok pondok moden di tanah seberang!
4.Tariq Ila Qulub
Sehingga sekarang saya masih lagi mempraktikan beberapa petua yang dinukilkan dalam buku ini. Bahkan, buku ini juga memang menjadi buku wajib yang saya akan cadangkan kepada ahli usrah pintar dan akademi daei saya! Pesan dalam buku ini ada tertulis, 'Sehari kehidupan seorang daei, adalah setahun kehidupan seorang awam'.Deep. Saya mungkin salah seorang dalam banyak manusia lain yang terkesan dengan tulisan Abbas as sisi ini.Alhamdulillah!
5. Secangkir Teh Pengubat Letih
Mungkin bukan karya terawal yang dibaca berbanding Rindu Pohon Tin, tetapi kesan buku ini membuatkan saya merasakan 'escape' ke Turki merupakan satu terapi yang cukup tenang!Tak heran, walaupun dah dua kali menjadi tetamu bumi Al Fateh, Turki masih lagi dalam list negara yang ingin sekali lagi dijejaki!Dan setiap kali menjejak kaki di kota Al Fateh ini sering saya terlintas 'patutla Ustaz Hasrizal suka sangat datang Turki'.
Pintu Utama Masjid Biru Summer 2014 |
6.Prophetic Parenting
Buku bacaan seorang sahabat, kata beliau "tak perlu tunggu dah ada orang baru nak start baca buku parenting!".luls. *maaf jika kurang thiqah*
Terima kasih sahabat!buku ni sememangnya memberi kesan yang besar selama saya memiliki buku ini.Alhamdulillah
7.Everyday Greatness
Buku English pertama yang dibeli di toko buku Readers Taj Mall sepanjang keberadaan di Jordan!Serius, kalau ada orang nak pinjam pun, tak boleh pinjam lama lama buku ni!
8.The Secret
Siri The Secret yang pertama yang saya baca ketika terjumpa buku ini di library JUST. Saya belajar membayar denda di library JUST (yang agak leceh) kerana terlewat memulangkan buku!Sehingga sekarang, saya serik meminjam buku di library penulisnya Rhonda,yang mengenalkan saya tentang The Law of Attraction!
9.The Power Of Holy Quran
Buku tulisan Amru Khalid yang sejujurnya sangat menarik! Kembali membuatkan kita untuk lebih menghargai dan mendalami bacaan dalam solat, bahkan menghayati setiap aturan qalam Allah. Yang pasti, permulaan awal untuk langkah langkah yang lebih jauh dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan Al quran, yang bukan sekadar menjadi amalan lisan, tetapi juga menjadi amalan hati yang menggerakkan anggota kita untuk beramal dengan suruhan al quran.Ameen ya Rabb!
10.Raheeq Makhtum
Mula dengar tentang buku ini daripada seorang sahabat.Mula memiliki setelah seorang senior mewaqafkan buku photostat Raheeq Makhtum ini sebelum beliau grad.Mula membaca serius buku ini ketika menghabiskan siri Omar The Siries.Kerana buku ini, saya bersyukur dapat menyorot kembali sirah Rasululllah SAW dan walaupun ketika di usia 20 tahun baru saya tahu bahawa terdapat 'ralat' dalam sirah yang selama ini saya dengar dan belajar! Antara 2 'ralat' tersebut adalah:
1.Tarikh lahir baginda Rasulullah SAW bukan pada 12 Rabi ul Awwal
2.Perkataan terakhir yang disebut Rasulullah bukanlah ummati ummati ummati!
Jika kalian masih belum tahu(saya yakin pasti ramai dah tahu, lagi lagi kalau kalian pelajar yarmouk) sila lah baca buku Raheeq Makhtum, dan sampai sekarang saya masih menggunakan buku photostat tersebut kerana masih tak berpeluang lagi nak beli buku yang original/terjemahannya.*nak hadiahkan untuk saya ? :p*
Sebenarnya ada beberapa buah buku lain yang lebih memberi kesan kepada diri dan kehidupan saya, tetapi sengaja saya tidak kongsikan walaupun ada orang request mintak maaf salah silap , semoga bermanfaat untuk semua :)
Mungkin apa yang kita baca banyak mempengaruhi hidup kita, tetapi pada saya secara peribadi, 'manusia' yang pernah kita lewati dan dan insan insan yang pernah kita kenali serta yang hidup bersama kita sehari hari lebih memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita.Apa pun, alhamdulillah atas nikmat mata yang mampu membaca bait bait tulisan dan kerana nikmat mata juga kita dapat mengenal insan insan yang mempengaruhi hidup kita :)
Bacalah untuk menghargai nikmat mata, bukalah hati untuk menghayati rahsia ibrah setiap cerita :)
Siti Amnah Deraman
Selepas Subuh,
4 September 2011.
Nombor 2 best gila
ReplyDelete