Wednesday, September 10, 2014

Lagenda 7 cahaya penuntut ilmu

Apa yang akan saya kongsikan bersama kadang-kadang tak boleh apply kepada semua orang.

Apa yang akan saya kongsikan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan nasihat daripada mereka yang saya hormati.

Apa yang saya kongsikan moga bermanfaat, kerana tulisan ini khas buat adik-adik yang disayang, yang bakal datang ke irbid, terutamanya adik-adik yang bakal menempuh alam sebagai pelajar perubatan Jordan University of Science and Technology.

Sebelum saya terus ke isi penting, nak cerita sikit kenapa saya letak lagenda, sebabnya apa yang akan saya tulis sudah seringkali disebut oleh generasi-generasi sebelum kita, seolah-olah sebuah lagenda yang sering diingati tetapi kurang dihayati.

Gelap sebenarnya tidak wujud, tetapi gelap cumalah keadaan tanpa cahaya. Jadinya saya letak cahaya disini kerana saya beranggapan point yang akan ditulis adalah antara perkara yang akan mengelakkan kita daripada berada dalam keadaan tanpa ‘cahaya’, iaitu gelap.

Okay, so now sit back, relax and read ;)

1. Untuk apa saya di sini?
The man who doesn’t get what he wants, suffers.. but the one who doesn’t know what he wants, suffers the most

Begin in the end in mind, saya masih ingat seorang sahabat yang senada hidupnya! Hidup dengan buku sahaja. Keluar tak hendak, bersosial kurang. Balik kuliah masuk bilik, makan solat tidur. Tiap-tiap hari rutin yang sama. Tetapi bila naik tahun, sekelip mata saya lihat dia berubah. Dia makin banyak membeli buku-buku rujukan yang lebih luas dan dalam tajuknya, mula mendengar ceramah-ceramah ulama di youtube bahkan sudah kerap bertandang,berkongsi pendapat bila kami buat gathering. Fuh!! Apa sudah jadi?

“Mestila aku dah lain, niat di hati nak bukak hospital kebajikan, kena mula dari sekarang la, haha”

Terdiam. Balik tu saya pun pasang impian satu tampal kat dinding bilik .

2.Keluar daripada zon selesa
Satu kisah saya baca di facebook tentang seekor katak yang berendam dalam air panas. Makin ditingkatkan suhu air, katak itu tidak lompat keluar sebaliknya dia cuba sesuaikan diri dengan suhu panas itu. Suhu air ditingkatkan gradually sampaila satu tahap, katak itu mati.

Apa yang membunuh si katak? Mostly akan jawab suhu air yang panas. Tetapi tidak, yang membunuh katak ialah kehabisan tenaga untuk melompat keluar apabila suhu air sudah terlalu panas sebab semua tenaga digunakan untuk adapt dengan suhu air yang meningkat perlahan-lahan.

Suhu air disini ibarat zon selesa itu. Makin radius zon selesa kita meningkat, contohnya kemalasan yang bertambah-tambah, atau tidak mahu berubah daripada tabiat yang lama, maka energy kita akan lupus sebab kita guna energy untuk adapt dengan zon itu.

Sampai satu tahap kita akan ‘mati’. Zon selesa itu bakal makan diri kita. Sampai satu tahap sukar sekali untuk kita keluar daripada zon itu, sehinggakan keadaan terasa seperti dah ditakdirkan begini padahal kita yang menyebabkan keadaan sedemikian.


3. Membaca dan menulis
pesanan mantan presiden mpmm sesi 13/14, saudara arif amin yang saya akan ingat sampai bila-bila.

“Menjadi mahasiswa, dua perkara yang sangat perlu ialah membaca dan menulis.”

Knowledge is power, writing is the sword.
Di university mana ada cikgu-cikgu nak ajar , nak push suruh tulis karangan semua, kita sendiri yang kena wujudkan environment itu. Percayalah, jika hari ini kita masih lagi membaca bahan-bahan picisan, dalam kalangan orang bagaimana kita nak duduk bersama nanti?Tak kan nak sembang pasal perkembangan artis? Bayangkan.
Kita jiwa muda, otak tak berkarat, masih belum dijangkiti sebarang anasir, inilah masa untuk kita mencari sesuatu untuk dijadikan prinsip. SO that one day bila kita berhadapan dengan perkara yang mencabar tindakan daripada kita, kita tidak mudah goyah.(Anda mungkin kurang faham selagi belum berhadapan dengan sendiri:/ , hopefully mesejnya sampai)

Tetapi jangan pula menjadikan apa yang dibaca dan apa yang ditulis sebagai wadah nak jatuhkan orang lain. Itu beerti kita rupa-rupanya banyak membaca dan menulis tetapi tak kemana, masih di tampuk yang sama. Sebab ada ilmu tetapi tidak ada amal, tidak ada adab.

You learn martial arts not to attack, but to defend.

4.Saya mahu jadi doktor yang bagaimana?
Kalau zaman universiti kita dah agak jauh dengan Allah dengan Alquran sebab sibuk baca buku medic tebal-tebal, bayangkan dah jadi doktor nanti bagaimana?

Kalau zaman universiti tak ambil berat soal ketetapan masa, sudah jadi doktor bagaimana?

Saya sendiri pernah menonton satu video yang dilakonkan untuk memberi gambaran sebenar suasana h/o di malaysia.( http://www.youtube.com/watch?v=W-Z4xgeOCj4)
Saya nampak manusia memang lemah. Kadang-kadang tidak kuat kalau kita seorang sahaja yang nak jadi A sedangkan environment B. Jadi kita ambil cara mudah untuk jadi B jugak. Tapi kita sebenarnya nak jadi bagaimana?

Adik-adik, kawan-kawan, dari tahun satu sampai tahun enam saya cabar kalian untuk tidak pernah give up dalam menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam masa.
Saya cabar kalian untuk tidak pernah give up dalam mencuba datang ke kelas on time dan tidak ponteng.

5. Bahasa syurga
Tentang bahasa arab tidak banyak yang ingin saya ulas. Dalam kata yang mudah, anda tidak cari, anda tak akan jumpa. Bahasa arab tidak berbentuk bulat yang akan datang bergolek juga tidak berbentuk pipih untuk datang melayang.

Tuntutlah bahasa itu. Dengan senior, melalui pergaulan harian, dengan kawan-kawan arab. Selesa dengan melayu sahaja pun payah (hahh ini pun antara zon selesa yang anda perlu lompat keluar bila perlu)

6.Hidup seorang pengembara
Pesan sister yasmin mogahed, hiduplah seperti seorang pengemabara, a traveler. Kita semua maklum hidup ini sementara, tapi kita tak terasa sangat sebab dunia tidaklah sesingkat pergi travel europe dalam dua minggu gitu. Heh, padahal kita tidak tahu pun tempoh nyawa masing-masing.

Bersahabatlah dengan kesusahan, kata ustaz hasrizal. Rumah nak cari dekat irbid 6 tahun sahaja pun nak duduk, sekadar yang perlu pun dah cukup tidak perlu ke tahap selesa yang melampau. Sebarang kerosakan, ilmu nak pasang/baiki peralatan rumah yang simple-simple, cubalah belajar. Tak rugi pun.

Kalau sekarang kita dah pernah jumpa kesusahan, one day kalau jumpa lagi, “InsyaAllahboleh handle, aku dah pernah jumpa susah yang lagi teruk dulu :)’’

7.Belajar untuk matang
Belajar apa erti memberi, tanggungjawab, amanah, berlapang dada, common sense!!
Belajar untuk seimbangkan emosi dan rasional.
Belajar untuk menjadi mahasiswa muslim kelas pertama, bukan pelajar sekolah menengah yang boleh ‘berfoya-foya’ lagi macam dulu.
Belajar untuk memahami orang lain sebelum kita difahami.
Belajar untuk menerima perubahan.
Belajar untuk mendengar
Belajar untuk memaafkan

Belajar untuk memerdekakan jiwa.

After thinking a while, saya terasa macam nak tambah a few points,eheh,( yang ni lebih general)

Menjadi pelajar baru
Setiap hari pun kita sebenarnya merupakan pelajar baru. Setiap hari merupakan permulaan yang baru sebenarnya.

Kalau semalam kita merokok, hari ini kita berazam untuk berhenti, maka hari ini kita pelajar baru yang tidak merokok.

Jika semalam kita ponteng, hari ini bermulalah untuk terus beri komitmen kepada kelas.
Bangun pagi, lihat ke dalam cermin, katakan “aku adalah pelajar baru.” Jangan segan untuk mula daripada kosong.

Jika semalam kita baru sahaja graduate, hari ini baru ada rasa keinginan untuk merancang kewangan, jangan rasa sudah terlewat.

Jika semalam kita putus cinta, hari ini aku adalah pelajar baru dalam menuntut cinta ilahi
Berubahla setiap hari untuk menjadi yang baru yang lebih baik. Selagi nyawa dikandung badan kata orang.


Duit
Saya mengikuti seminar pengurusan kewangan bawah senior Hilmi (ambil jurusan medik juga). Saya juga mendengar perancangan seorang sahabat baik yang plan nak kahwin so dia kena susun perbelanjaan elok-elok. Terkedu saya bagaimana dia merancang kewangan sampai tahap berbekalkan duit yang disimpan, dia mampu untuk survive 3-4 tahun sementara nak dapat gaji bahkan bole beli kereta sebuah! MasyaAllah.

Money is not everything, but everything... needs money
Duit tajaan sebenarnya lebih dari cukup. Kadang-kadang shopping terlalu banyak melebihi keperluan pun satu... masalah juga.

Macam saya ada sebut, berkawan dengan kesusahan, hiduplah seperti seorang musafir, kita bukannya lama pun di sini. Letak tujuan di hujung nanti kita bagaimana.
Contoh jika anda plan nak kahwin sewaktu belajar, ataupun nak buka klinik sendiri, bayangkan jika anda cut perbelanjaan sampingan yang tidak perlu itu dan mula menabung sekarang, how much you can save?

Allah,Allah.. sesungguhnya apa yang saya tulis ini juga berat bagi saya. Tapi saya harap tulisan ini bermanfaat buat pembaca. sekian


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

-the road not taken 

Wan Ajeerah, Ketua Helwi PERMAI 

No comments:

Post a Comment