"Jom kita pergi Pintar(usrah) nak?"
nota kaki:Kalian bawah usrah mana skalipun, persatuan lebih penting dan harus diutamakan.
"Aku bukan tak nak, tapi aku sibuk la, nak itu la, nak ini la . Banyak lagi tak baca ni, exam plak berderet ni"
K.
Bila diajak pergi dengar talk, pergi majlis ilmu :
"Maaf. Aku kene study. Aku kena dapat deanlist ni"
K.
Jadi ajk?join team program?
"Sori. Aku tak nak pegang apa-apa jawatan. Semua benda tu tak penting. Aku nak fokus belajar. Hadaf aku masuk universiti ni untuk belajar"
K.
3K.
Maka lahirlah mahasiswa 3K
Hidupnya hanya pergi KULIAH. Belajar dan terus belajar.
Pergi ke KAFE(Kafoour) bila lapar.
Makan dan terus makan.
Panjat KATIL(menyelit mendiam dalam hirom) bila dah mengantuk.
Tidur dan terus tidur.
Yes. Betul.
Kita ke universiti untuk belajar. Tapi jangan lupakan matlamat hidup kita yang lain. Jangan lupakan pengisian kita sebagai hamba Allah..
Belajar itu ibadah, tapi kalau sampai lupa tanggungjawab sebagai muslim , ibadah lagi ke?
Wabak mahasiswa 3K semakin membarah.
Sampai solat pun di hujung waktu sebab study,
Sampai langsung tak melibatkan diri dalam society,
Sampai langsung taknak pergi majlis ilmu lain,
Sampai langsung takde masa untuk berukhuwah.
Apabila hidup mengejar Mumtaz, Deanlist, Preslist.
Apabila belajar untuk kerja.
Hayati keindahan hidup di alam kampus dgn belajar, berusrah, berukhuwwah, bersociety, menghadiri majlis ilmu, dll.
Belajar belajar jugak,
Tapi jangan lupakan matlamat hidup kita yang lebih utama.
Satu je.
Kita tolong agama Allah,
InsyaAllah Allah akan tolong kita.
Jangan jadi MAHASISWA/WI ROBOT!
tulisan asal saudari Hamizah Rajali, tapi saya suaikan beberapa term dengan suasana kita di Irbid :)
No comments:
Post a Comment