Jordan.
Irbid, atau nama dulunya Arabella , persis nama pelakon Mexico. *sigh*
Irbid, atau nama dulunya Arabella , persis nama pelakon Mexico. *sigh*
Sudah lama memasang
cita, menyulam impian untuk ke mari. Bukan calang-calang tempat untuk dijejaki.
Tempat jejak para Nabi. Subhanallah. Beruntunglah wahai diri. Kadang-kadang
banyak juga benda yang tak terlintas di fikiran, namun Allah swt sampaikan
untuk kita ambil pengajaran dan pengalaman.
Yarmouk.
Juga pernah dicita ke sini. Terinspirasi daripada nukilan karyawan
seni..
***
Awal-awal daftar di Universiti Yarmouk, berkobar-kobar semangat nak jadi mahasiswa. Iyalah, baru lepas SPM,
tak pernah rasa alam universiti, bebas daripada warden dan cikgu disiplin yang
mengawal setiap gerak geri.
Awal pagi setiap hari Ahad hingga Khamis bersiap kemas untuk ke jamiah
( term Arab bagi universiti). Semester pertama kelas kami kebanyakannya
di sebelah pagi , jam 9.00 pagi sakan (asrama) mula sunyi. Sehinggalah
ke tengah hari , asrama kembali riuh dengan suara kami, memasak sakan untuk
hidangan tengah hari.
Setiap kali ada masa lapang, waktu dihabiskan di maktabah (
perpustakaan). Sama ada membaca bahan untuk pengajian esok hari, ataupun
selesaikan homework yang berbaki. Macam sekolah pun ada. Tiada banyak
beza. Subjek yang diambil pun tak berat , cuma satu subjek di kuliah dan 4
subjek di Markaz Lughah (Pusat Bahasa).
Di sakan, musolla (surau) kami berkongsi bersama akhowat Arab.
Kebanyakannya juga ialah mahasiswa di jamiah yang sama. Tapi peluang kami bersama hanya pada sebelah
malam ,sebelah siang semua diam, ke mana hilang mereka kami tak pasti.
Setiap hujung minggu kami dihabiskan dengan kelas tasmi3, usrah
persatuan, dan ada aktiviti menarik yang mengumpulkan kami ahli persatuan
Malaysia.
Minggu berganti minggu , bulan berganti bulan dengan aman.
***
“5 subjek hari Ahad Selasa Khamis, 1 subjek hari Isnin Rabu??!!!”.
Perang madah (subjek) sudah tamat dan itu hasilnya. Tak seindah dulu.
Bersiap seawal 8 pagi dan pulang selewat
5 petang 3 hari dalam seminggu. Sistem
yang saban semester membuatkan kami makin ‘sayang’ akan jamiah. Madah
yang dapat didaftar tidak menentu disebabkan kuota yang sempit dan terhad.
Hari Isnin itu aku ke maktabah, masa untuk menziarahi lubuk ilmu
itu semakin kurang.
Kosong.
‘Eh, mana orang?’. Detik hati kecil. ‘Siapkan saja lah kerja
kamu, jangan sibuk fikir hal orang’.
Semester pertama tahun dua hampir melabuhkan tirai. Duktur (lecturer)
ambil kehadiran seperti biasa. Aku macam biasa, perhatian tumpah ke kitab,
konon membaca. Lama-lama, aku terperasan sesuatu.
“Roqom 3isyriin..” Diam. Tanda tidak hadir.
“Roqom wahid wa 3isyriin..” Diam.
“Tnein wa 3isyriin..” Diam.
Tiga nombor itu diulang-ulang namun tiada sahutan. Aku terdiam,
terbungkam. Sambil terpendam perasaan kesal di ulu hati. 3 nombor milik pelajar
Malaysia! Itu yang aku tahu, yang aku tidak tahu?
Pulang ke asrama, melabuhkan tubuh di atas katil. Keletihan. Sunyi. Hari
ni hari Isnin. Jam pukul 10.00 pagi. ‘Orang lain sepatutnya ada kelas hari
nih’. Aku berjalan ke bilik sebelah, pintu terkuak sedikit, tanda ada
penghuni. Aku intai ke dalam, ada 3 jasad masih berkelubung di bawah selimut
tebal.
“Whatt???!!”
***
Ah, bercakap soal kesedaran. Pada awal dulu, aku expect semua
orang yang datang ke mari ialah bakal
ulama muda. Semua berusaha menjadi figure. Pulang ke Malaysia mencipta
nama. Ya, iman manusia turun naik. Kadang ada rasa mahu usaha, kadang rasa mahu
bermalasan sahaja. Tanpa fikir harapan
agama dan bangsa, ayahanda dan bonda.
Ke mana hilang semangat orang muda. Kata mahu membina negara. Sewaktu belajar pun sedikit usaha, apatah
lagi nanti apabila mengurus pelbagai bangsa.
Kita kurang motivasi untuk istiqomah membina diri. Usia mahasiswa yang
rata-ratanya 18-25 tahun bukan lagi usia muda untuk dimanja-manja. Amalan diri
kita bagaimana, itu yang membentuk generasi yang bakal memimpin negara.
Apabila menyibukkan diri dengan persatuan, buat mata terbuka luas
melihat keletah orang. Tidak lagi boleh mengutamakan perihal diri sendiri.
Entah di mana silapnya didikan. Ada orang menyalahkan sistem, kurang kemas
untuk mendisiplinkan pelajar. Tanpa kesediaan manusia, ke mana sangatlah sistem
itu mampu bertahan.
Kesimpulannya, back to reality. Ke mana kita mahu membawa diri
selepas selesai pengajian di sini. Peluang terbuka luas untuk orang bijak dan
berusaha mengubah diri, bukan orang yang malas serta mengasingkan diri, escapisme
daripada mengenal dunia realiti, ruang lingkup dakwah yang sebenar.
Malaysia, orang kata Melayu mudah lupa. Pada hal, insan sendiri yang
mudah lupa. Dengan title sebaik-baik ciptaan yang Allah catatkan dalam
surah At-Tiin, buktikan kita yang terbaik selaku makhluk berakal.
Fastaqim kama Umirta.
Tetaplah engkau di jalan yang benar seperti mana yang diperintahkan ke
atasmu.
[Surah Hud. 11:112]
InsyaAllah, kullu kheir. Bakal doktor dan ulama muda Jordan, All the
best!
Timbalan Pengerusi MMY,
Hamizah binti Ruslan.
Hamizah binti Ruslan.
11.59pm. 2 September 2014. Irbid, Jordan.
*Kisah tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah mati. Cerita hanya
menggambarkan situasi, bukan watak sebenar di alam realiti.*
Terbaik
ReplyDelete