Hidup dalam masyarakat Arab, kita
akan lebih senang dan selesa mengatakan, “Inilah Arab”,” Arab memang macam ni”,
“ Bodoh la Arab” apabila berhadapan dengan beberapa insiden. Nak-nak insiden
yang selalu sangat kita hadapi. Hinggakan kita terlupa, kita juga hadapi
perkara yang sama sesama kita.
BUANG SAMPAH
Jalan tak rupa jalan kalau duduk
kat negara Arab ni. Sampahnya macam rumput. Maka, automatik kita akan hukum
bahawa Arab suka buang sampah.
Bagi mereka yang logiknya kurang
disiplin, reasoningnya banyak silap, mereka akan mengatakan memang
inilah perangai Arab. Inilah yang dipanggil generalization. Konsep pukui
samo ghato kata orang kedah. Apapun kita tak leh nafi memang rata-rata
masyarakat sini tak kisah sangat nak buang sampah, tapi bukan semua.
Dengan kita menolak konsep
generalization ini, maka keluarlah cerita pada sisi lain. Ramai sebenarnya
daripada mereka yang sedar dan mereka usaha untuk ubah, cuma budaya tak kisah
ini sudah pekat, likat, lekat pada dinding otak. Sukar dikikis. Dan sebenarnya,
ada juga daripada kita yang perangainya juga begitu. Cumanya nisbahnya lagi
sedikit.
Kita suka sangat menggunakan dalil generalization,
hingga yang kat tepi kita buat pun, kita terpaksa tutup mata. Ya, kita pun ada
buat. Malah semakin ramai. Kita tak sedar.
DATANG LAMBAT
30 minit Arab datang lambat.
Mulalah mulut zikir sumpah seranah, pointnya Arab memang suka mungkir janji.
Esoknya berjanji dengan kawan melayu kita, 15 minit dia lambat. Ok, rilek je.
Biasa la. Dia maybe tertidur, rumah jauh, ada masalah kat rumah. So, no
problem.
Kenapa assumption begitu tak
dikira apabila yang lambat itu Arab. Tapi bila Melayu, banyaklah pula husnu
zonnya.
Dalam pengajian psikologi, ini kita
namakan ini sebagai confirmation bias. Kita lebih selesa untuk convert
satu hal itu, selari dengan kehendak dan teori kita. Bilamana kita letakkan
teori, ‘Arab memang selalu lambat’, maka segala benda yang sampai kepada kita,
akan mengiakan teori itu. Tapi bilamana kita tidak meletakkan teori Melayu itu
lambat, maka segala yang datang, sekalipun membuktikan Melayu pun ada yang
lambat, kita terpaksa menafikan yang Melayu itu lambat.
Datang program, datang meeting,
datang riadah. Setiap masa dan ketika, kita (melayu) selalu lambat. Dari pucuk
pimpinan, hinggalah kepada ahli pasif, semuanya ada yang lambat. Hinggakan
lambat laun, ia akan menjadi tabiat dan seterus menjadi budaya kita semua.
Bukan Arab sahaja, kita juga. Sebab itu, kita tidak lebih bagus dari mereka.
MUHASABAH
Karangan
ini bukan untuk menyenarai panjang segala masalah. Cukuplah sekadar kita sedar,
bahawa kita juga banyak kurangnya. Selesalah untuk berkata, “Kita pun ada
buat,” dan “ Kita kena berubah”. Apapun, banyak lagi isu fundamental yang perlu
diperbaik. Akademik, pemakaian, akhlak berkomuniti, hiburan yang tak
sudah-sudah. Kena sedar la semua. kena pakat jaga, pakat tegur blake. Syurga
bukan poyo.
Amir Lutfi, Pengerusi MMY 14/15
No comments:
Post a Comment