Saturday, March 22, 2014

~Road tu 24 Mac~

Assalamualaikum w.b.t.
~Road tu 24 Mac~
Apabila bercakap mengenai bi’ah atau suasana dalam masyarakat kita, semua orang pun mahu bersuara. Semua orang pun mampu buat status menegur, post di group-group, melapor kepada pimpinan. Ini adalah suatu usaha yang patut dipuji. Sekurang-kurangnya ada di antara kita yang sedar akan perkara ini.

Semua pun mengakui akan kewujudan PINTAR. PINTAR adalah salah satu medium yang disediakan persatuan untuk mengubah masalah-masalah ini.

Kata Syaikh ‘Abdullah ‘Azzam,
"Daulah Islamiyah dan hukum Islam tidak akan tegak kecuali dengan Jihad dan Jihad bisa ditegakkan jika ada Harokah Islamiyyah yang mendidik para pengikutnya dengan tarbiyyah atau pendidikan Islam.”

Saya yakin, semua dari kita tidak kira dari kelompok atau gerakan mana-mana pun mengakui bahawa manhaj haraki ini adalah manhaj terbaik dan relevan sehingga hari ini sebagai kunci pembentukan dan pentarbiyahan ummah.

Namun apabila kita lihat realiti di PINTAR sendiri, ianya seperti hambar dan kurang sambutannya oleh ahli, baik dari segi pemilihan tenaga kerja, komitmen naqib dan anak usrah juga . Saya tak tahulah, mungkin ramai di antara kita sudah ada komitmen dengan gerakan masing-masing dan saya pun tak salahkan sesiapa melainkan diri saya juga sebagai salah seorang ahli yang kurang membantu.

Saya pernah terbayang alangkah baik jika kita semua boleh bersatu secara terbuka di bawah satu payung tanpa menggadaikan identiti kita masing-masing.

Saya kasihan melihat rakan-rakan terutama di tahun 1 dan 2 yang kadangkala, ada sampai 2 usrah. Satu usrah PINTAR, satu usrah jemaah. Ya, ia satu perkara yang baik cuma kadangkala perkara ini yang membuatkan komitmen kita terganggu, fokus kita mencapah kerana ianya hanya mengulang perkara yang sama.

Saya terbayang kalau kita dapat synchronizekan setiap usrah yang wujud di PERMAI. Usrah pun tidak berulang. Sekurang-kurangnya, naqib yang bagus pun dapat dimanfaatkan betul2 untuk masyarakat.

Saya faham, setiap gerakan yang wujud di sini pasti ada manhaj tarbiyah tersendiri yang mungkin diimport dari Malaysia dan sebagainya. Saya terfikir juga, mengapa tidak kita semua bekerjasama laksanakan juga manhaj ini di dalam PINTAR. Saya rasa semua manhaj pun tidak jauh beza. Saya pernah terbayang kalau-kalau PINTAR juga boleh membantu kalian melaksanakan program seperti Sejarah Gerakan Islam atau Kepentingan menyertai Gerakan Islam yang saya yakin setiap jemaa’ah ada ketengahkan. Selain ilmu boleh dikongsi, dapat juga kita mengenal dengan lebih dekat akan kepelbagaian yang wujud dengan nada harmoni.

Ini sekadar luahan hati saya, bukan sebagai pimpinan tetapi sebagai ahli yang melihat kekuatan yang kita ada. Saya tidak minta untuk kita gadaikan identiti, tetapi hanya berharap untuk kita bersama-sama dan kuat.

Saya buka untuk perbincangan di sini sebagai perbincangan pra-24 Mac.
In sha Allah, untuk masa hadapan kita bersama.


[Ariff Solihin,Timbalan Presiden PERMAI 14/15]

No comments:

Post a Comment