Sunday, November 2, 2014

Kesederhanaan: Perlindung Diri Seorang Wanita.

Seteguh apa pun seorang wanita, dia tetap punya rasa untuk dilindungi. Dia ingin berpaut pada sesuatu yang kuat dan teguh.

Bukan kerana wanita itu lemah, tetapi itulah fitrah diri seorang wanita. Ada rasa untuk dilindungi.
Sebelum mencari pelindung diri, lindungilah diri kita dengan sebaik baik akhlak dan budi.

Ya, mulakan dengan memperbaiki cara pakai dan cara tutur kita.

Lindungi diri dari fitnah tanpa menafikan fitrah, jauhi ikutan nafsu.

Dan percayalah,kita lebih terlindung dalam kesederhanaan.



Kita tidak perlukan yang terlalu cantik, tidak juga terlalu indah untuk digayakan,bahkan kita tidak perlukan sesuatu yang berlebih-lebihan untuk kelihatan menawan dan terjaga bukan ?

Ya, cukuplah sesuatu yang sederhana untuk melindungi diri kita.

Kerana pada keserhanaan itu ada keberkahan.

Selamat berbaju kurung!

Bersederhanalah, moga dengannya..maruah kita terlindung dengan rapi, moga juga kita ketemu keberkatan dalam kita menjaga diri 

Ahad, 2 November 2014.
AmnahArawi

*Hari Baju Kurung Helwi Permai, yang berminggu-minggu sudah lama dipromosikan,

"setiap hari Ahad, adalah hari berbaju kurung bagi akhowat PERMAI :)"

No comments:

Post a Comment