Wednesday, September 10, 2014

Lagenda 7 cahaya penuntut ilmu

Apa yang akan saya kongsikan bersama kadang-kadang tak boleh apply kepada semua orang.

Apa yang akan saya kongsikan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan nasihat daripada mereka yang saya hormati.

Apa yang saya kongsikan moga bermanfaat, kerana tulisan ini khas buat adik-adik yang disayang, yang bakal datang ke irbid, terutamanya adik-adik yang bakal menempuh alam sebagai pelajar perubatan Jordan University of Science and Technology.

Sebelum saya terus ke isi penting, nak cerita sikit kenapa saya letak lagenda, sebabnya apa yang akan saya tulis sudah seringkali disebut oleh generasi-generasi sebelum kita, seolah-olah sebuah lagenda yang sering diingati tetapi kurang dihayati.

Gelap sebenarnya tidak wujud, tetapi gelap cumalah keadaan tanpa cahaya. Jadinya saya letak cahaya disini kerana saya beranggapan point yang akan ditulis adalah antara perkara yang akan mengelakkan kita daripada berada dalam keadaan tanpa ‘cahaya’, iaitu gelap.

Okay, so now sit back, relax and read ;)

1. Untuk apa saya di sini?
The man who doesn’t get what he wants, suffers.. but the one who doesn’t know what he wants, suffers the most

Begin in the end in mind, saya masih ingat seorang sahabat yang senada hidupnya! Hidup dengan buku sahaja. Keluar tak hendak, bersosial kurang. Balik kuliah masuk bilik, makan solat tidur. Tiap-tiap hari rutin yang sama. Tetapi bila naik tahun, sekelip mata saya lihat dia berubah. Dia makin banyak membeli buku-buku rujukan yang lebih luas dan dalam tajuknya, mula mendengar ceramah-ceramah ulama di youtube bahkan sudah kerap bertandang,berkongsi pendapat bila kami buat gathering. Fuh!! Apa sudah jadi?

“Mestila aku dah lain, niat di hati nak bukak hospital kebajikan, kena mula dari sekarang la, haha”

Terdiam. Balik tu saya pun pasang impian satu tampal kat dinding bilik .

2.Keluar daripada zon selesa
Satu kisah saya baca di facebook tentang seekor katak yang berendam dalam air panas. Makin ditingkatkan suhu air, katak itu tidak lompat keluar sebaliknya dia cuba sesuaikan diri dengan suhu panas itu. Suhu air ditingkatkan gradually sampaila satu tahap, katak itu mati.

Apa yang membunuh si katak? Mostly akan jawab suhu air yang panas. Tetapi tidak, yang membunuh katak ialah kehabisan tenaga untuk melompat keluar apabila suhu air sudah terlalu panas sebab semua tenaga digunakan untuk adapt dengan suhu air yang meningkat perlahan-lahan.

Suhu air disini ibarat zon selesa itu. Makin radius zon selesa kita meningkat, contohnya kemalasan yang bertambah-tambah, atau tidak mahu berubah daripada tabiat yang lama, maka energy kita akan lupus sebab kita guna energy untuk adapt dengan zon itu.

Sampai satu tahap kita akan ‘mati’. Zon selesa itu bakal makan diri kita. Sampai satu tahap sukar sekali untuk kita keluar daripada zon itu, sehinggakan keadaan terasa seperti dah ditakdirkan begini padahal kita yang menyebabkan keadaan sedemikian.


3. Membaca dan menulis
pesanan mantan presiden mpmm sesi 13/14, saudara arif amin yang saya akan ingat sampai bila-bila.

“Menjadi mahasiswa, dua perkara yang sangat perlu ialah membaca dan menulis.”

Knowledge is power, writing is the sword.
Di university mana ada cikgu-cikgu nak ajar , nak push suruh tulis karangan semua, kita sendiri yang kena wujudkan environment itu. Percayalah, jika hari ini kita masih lagi membaca bahan-bahan picisan, dalam kalangan orang bagaimana kita nak duduk bersama nanti?Tak kan nak sembang pasal perkembangan artis? Bayangkan.
Kita jiwa muda, otak tak berkarat, masih belum dijangkiti sebarang anasir, inilah masa untuk kita mencari sesuatu untuk dijadikan prinsip. SO that one day bila kita berhadapan dengan perkara yang mencabar tindakan daripada kita, kita tidak mudah goyah.(Anda mungkin kurang faham selagi belum berhadapan dengan sendiri:/ , hopefully mesejnya sampai)

Tetapi jangan pula menjadikan apa yang dibaca dan apa yang ditulis sebagai wadah nak jatuhkan orang lain. Itu beerti kita rupa-rupanya banyak membaca dan menulis tetapi tak kemana, masih di tampuk yang sama. Sebab ada ilmu tetapi tidak ada amal, tidak ada adab.

You learn martial arts not to attack, but to defend.

4.Saya mahu jadi doktor yang bagaimana?
Kalau zaman universiti kita dah agak jauh dengan Allah dengan Alquran sebab sibuk baca buku medic tebal-tebal, bayangkan dah jadi doktor nanti bagaimana?

Kalau zaman universiti tak ambil berat soal ketetapan masa, sudah jadi doktor bagaimana?

Saya sendiri pernah menonton satu video yang dilakonkan untuk memberi gambaran sebenar suasana h/o di malaysia.( http://www.youtube.com/watch?v=W-Z4xgeOCj4)
Saya nampak manusia memang lemah. Kadang-kadang tidak kuat kalau kita seorang sahaja yang nak jadi A sedangkan environment B. Jadi kita ambil cara mudah untuk jadi B jugak. Tapi kita sebenarnya nak jadi bagaimana?

Adik-adik, kawan-kawan, dari tahun satu sampai tahun enam saya cabar kalian untuk tidak pernah give up dalam menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam masa.
Saya cabar kalian untuk tidak pernah give up dalam mencuba datang ke kelas on time dan tidak ponteng.

5. Bahasa syurga
Tentang bahasa arab tidak banyak yang ingin saya ulas. Dalam kata yang mudah, anda tidak cari, anda tak akan jumpa. Bahasa arab tidak berbentuk bulat yang akan datang bergolek juga tidak berbentuk pipih untuk datang melayang.

Tuntutlah bahasa itu. Dengan senior, melalui pergaulan harian, dengan kawan-kawan arab. Selesa dengan melayu sahaja pun payah (hahh ini pun antara zon selesa yang anda perlu lompat keluar bila perlu)

6.Hidup seorang pengembara
Pesan sister yasmin mogahed, hiduplah seperti seorang pengemabara, a traveler. Kita semua maklum hidup ini sementara, tapi kita tak terasa sangat sebab dunia tidaklah sesingkat pergi travel europe dalam dua minggu gitu. Heh, padahal kita tidak tahu pun tempoh nyawa masing-masing.

Bersahabatlah dengan kesusahan, kata ustaz hasrizal. Rumah nak cari dekat irbid 6 tahun sahaja pun nak duduk, sekadar yang perlu pun dah cukup tidak perlu ke tahap selesa yang melampau. Sebarang kerosakan, ilmu nak pasang/baiki peralatan rumah yang simple-simple, cubalah belajar. Tak rugi pun.

Kalau sekarang kita dah pernah jumpa kesusahan, one day kalau jumpa lagi, “InsyaAllahboleh handle, aku dah pernah jumpa susah yang lagi teruk dulu :)’’

7.Belajar untuk matang
Belajar apa erti memberi, tanggungjawab, amanah, berlapang dada, common sense!!
Belajar untuk seimbangkan emosi dan rasional.
Belajar untuk menjadi mahasiswa muslim kelas pertama, bukan pelajar sekolah menengah yang boleh ‘berfoya-foya’ lagi macam dulu.
Belajar untuk memahami orang lain sebelum kita difahami.
Belajar untuk menerima perubahan.
Belajar untuk mendengar
Belajar untuk memaafkan

Belajar untuk memerdekakan jiwa.

After thinking a while, saya terasa macam nak tambah a few points,eheh,( yang ni lebih general)

Menjadi pelajar baru
Setiap hari pun kita sebenarnya merupakan pelajar baru. Setiap hari merupakan permulaan yang baru sebenarnya.

Kalau semalam kita merokok, hari ini kita berazam untuk berhenti, maka hari ini kita pelajar baru yang tidak merokok.

Jika semalam kita ponteng, hari ini bermulalah untuk terus beri komitmen kepada kelas.
Bangun pagi, lihat ke dalam cermin, katakan “aku adalah pelajar baru.” Jangan segan untuk mula daripada kosong.

Jika semalam kita baru sahaja graduate, hari ini baru ada rasa keinginan untuk merancang kewangan, jangan rasa sudah terlewat.

Jika semalam kita putus cinta, hari ini aku adalah pelajar baru dalam menuntut cinta ilahi
Berubahla setiap hari untuk menjadi yang baru yang lebih baik. Selagi nyawa dikandung badan kata orang.


Duit
Saya mengikuti seminar pengurusan kewangan bawah senior Hilmi (ambil jurusan medik juga). Saya juga mendengar perancangan seorang sahabat baik yang plan nak kahwin so dia kena susun perbelanjaan elok-elok. Terkedu saya bagaimana dia merancang kewangan sampai tahap berbekalkan duit yang disimpan, dia mampu untuk survive 3-4 tahun sementara nak dapat gaji bahkan bole beli kereta sebuah! MasyaAllah.

Money is not everything, but everything... needs money
Duit tajaan sebenarnya lebih dari cukup. Kadang-kadang shopping terlalu banyak melebihi keperluan pun satu... masalah juga.

Macam saya ada sebut, berkawan dengan kesusahan, hiduplah seperti seorang musafir, kita bukannya lama pun di sini. Letak tujuan di hujung nanti kita bagaimana.
Contoh jika anda plan nak kahwin sewaktu belajar, ataupun nak buka klinik sendiri, bayangkan jika anda cut perbelanjaan sampingan yang tidak perlu itu dan mula menabung sekarang, how much you can save?

Allah,Allah.. sesungguhnya apa yang saya tulis ini juga berat bagi saya. Tapi saya harap tulisan ini bermanfaat buat pembaca. sekian


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

-the road not taken 

Wan Ajeerah, Ketua Helwi PERMAI 

Jordan

Jordan.
Irbid, atau nama dulunya Arabella , persis nama pelakon Mexico. *sigh*
Sudah lama memasang cita, menyulam impian untuk ke mari. Bukan calang-calang tempat untuk dijejaki. Tempat jejak para Nabi. Subhanallah. Beruntunglah wahai diri. Kadang-kadang banyak juga benda yang tak terlintas di fikiran, namun Allah swt sampaikan untuk kita ambil pengajaran dan pengalaman.

Yarmouk.

Juga pernah dicita ke sini. Terinspirasi daripada nukilan karyawan seni..

***

Awal-awal daftar di Universiti Yarmouk, berkobar-kobar semangat  nak jadi mahasiswa. Iyalah, baru lepas SPM, tak pernah rasa alam universiti, bebas daripada warden dan cikgu disiplin yang mengawal setiap gerak geri.

Awal pagi setiap hari Ahad hingga Khamis bersiap kemas untuk ke jamiah ( term Arab bagi universiti). Semester pertama kelas kami kebanyakannya di sebelah pagi , jam 9.00 pagi sakan (asrama) mula sunyi. Sehinggalah ke tengah hari , asrama kembali riuh dengan suara kami, memasak sakan untuk hidangan tengah hari.

Setiap kali ada masa lapang, waktu dihabiskan di maktabah ( perpustakaan). Sama ada membaca bahan untuk pengajian esok hari, ataupun selesaikan homework yang berbaki. Macam sekolah pun ada. Tiada banyak beza. Subjek yang diambil pun tak berat , cuma satu subjek di kuliah dan 4 subjek di Markaz Lughah (Pusat Bahasa). 

Di sakan, musolla (surau) kami berkongsi bersama akhowat Arab. Kebanyakannya juga ialah mahasiswa di jamiah yang sama.  Tapi peluang kami bersama hanya pada sebelah malam ,sebelah siang semua diam, ke mana hilang mereka kami tak pasti.

Setiap hujung minggu kami dihabiskan dengan kelas tasmi3, usrah persatuan, dan ada aktiviti menarik yang mengumpulkan kami ahli persatuan Malaysia.
Minggu berganti minggu , bulan berganti bulan dengan aman. 

***

“5 subjek hari Ahad Selasa Khamis, 1 subjek hari Isnin Rabu??!!!”. Perang madah (subjek) sudah tamat dan itu hasilnya. Tak seindah dulu. Bersiap  seawal 8 pagi dan pulang selewat 5 petang 3 hari dalam seminggu.  Sistem yang saban semester membuatkan kami makin ‘sayang’ akan jamiah. Madah yang dapat didaftar tidak menentu disebabkan kuota yang sempit dan terhad.

Hari Isnin itu aku ke maktabah, masa untuk menziarahi lubuk ilmu itu semakin kurang.

Kosong.

‘Eh, mana orang?’. Detik hati kecil. ‘Siapkan saja lah kerja kamu, jangan sibuk fikir hal orang’.

Semester pertama tahun dua hampir melabuhkan tirai. Duktur (lecturer) ambil kehadiran seperti biasa. Aku macam biasa, perhatian tumpah ke kitab, konon membaca. Lama-lama, aku terperasan sesuatu.

“Roqom 3isyriin..” Diam. Tanda tidak hadir.
“Roqom wahid wa 3isyriin..” Diam.
“Tnein wa 3isyriin..” Diam.

Tiga nombor itu diulang-ulang namun tiada sahutan. Aku terdiam, terbungkam. Sambil terpendam perasaan kesal di ulu hati. 3 nombor milik pelajar Malaysia! Itu yang aku tahu, yang aku tidak tahu?
Pulang ke asrama, melabuhkan tubuh di atas katil. Keletihan. Sunyi. Hari ni hari Isnin. Jam pukul 10.00 pagi. ‘Orang lain sepatutnya ada kelas hari nih’. Aku berjalan ke bilik sebelah, pintu terkuak sedikit, tanda ada penghuni. Aku intai ke dalam, ada 3 jasad masih berkelubung di bawah selimut tebal.

“Whatt???!!”

***

Ah, bercakap soal kesedaran. Pada awal dulu, aku expect semua orang yang datang  ke mari ialah bakal ulama muda. Semua berusaha menjadi figure. Pulang ke Malaysia mencipta nama. Ya, iman manusia turun naik. Kadang ada rasa mahu usaha, kadang rasa mahu bermalasan sahaja.  Tanpa fikir harapan agama dan bangsa, ayahanda dan bonda.

Ke mana hilang semangat orang muda. Kata mahu membina negara.  Sewaktu belajar pun sedikit usaha, apatah lagi nanti apabila mengurus pelbagai bangsa.  Kita kurang motivasi untuk istiqomah membina diri. Usia mahasiswa yang rata-ratanya 18-25 tahun bukan lagi usia muda untuk dimanja-manja. Amalan diri kita bagaimana, itu yang membentuk generasi yang bakal memimpin negara.

Apabila menyibukkan diri dengan persatuan, buat mata terbuka luas melihat keletah orang. Tidak lagi boleh mengutamakan perihal diri sendiri. Entah di mana silapnya didikan. Ada orang menyalahkan sistem, kurang kemas untuk mendisiplinkan pelajar. Tanpa kesediaan manusia, ke mana sangatlah sistem itu mampu bertahan. 

Kesimpulannya, back to reality. Ke mana kita mahu membawa diri selepas selesai pengajian di sini. Peluang terbuka luas untuk orang bijak dan berusaha mengubah diri, bukan orang yang malas serta mengasingkan diri, escapisme daripada mengenal dunia realiti, ruang lingkup dakwah yang sebenar.
Malaysia, orang kata Melayu mudah lupa. Pada hal, insan sendiri yang mudah lupa. Dengan title sebaik-baik ciptaan yang Allah catatkan dalam surah At-Tiin, buktikan kita yang terbaik selaku makhluk berakal.

Fastaqim kama Umirta.
Tetaplah engkau di jalan yang benar seperti mana yang diperintahkan ke atasmu.
[Surah Hud. 11:112]

InsyaAllah, kullu kheir. Bakal doktor dan ulama muda Jordan, All the best!
Timbalan Pengerusi MMY,
Hamizah binti Ruslan.

11.59pm. 2 September 2014. Irbid, Jordan.
*Kisah tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah mati. Cerita hanya menggambarkan situasi, bukan watak sebenar di alam realiti.*



Thursday, September 4, 2014

10 buah buku yang mempengaruhi hidup saya???

1)Pengembaraan Si Peniup Ney oleh Faisal Tehrani.

Merupakan buku pertama karya Faisal Tehrani yang saya baca ketika saya darjah 5 tak silap. Masa tu Akademi Fantasia tengah meletop tahun 2004, buku ini sedikit sebanyak kritikan penulis terhadap budaya hedonism ketika itu. Kerna buku ini juga membuatkan saya percayakan tentang wujudnya kerajaan jin.woahh! Dan kerana buku ini, saya mula mengumpul koleksi tulisan Faisal Tehrani.Emel pertama saya ketika di sekolah rendah adalah Nyemah Mulya, merupakan nama watak dalam novel 1515. Melalui penulisan beliau juga(Novel Karbala, dibaca ketika di tingkatan tiga) saya mula mengenali apa itu 'syiah'!(oh, saya bukan syiah ye)


Gambar Hiasan


2.Tersungkur Di Pintu Syurga.

Buku yang membawa saya mengenal dunia Al Arqam.Ditulis oleh oghe kampung ambe, oghe mache, bekas aktivis Al Arqam~Sampai sekarang saya masih terinspirasi dengan kekuatan gerakan mereka, bahkan kumpulan Nada Murni masih lagi menjadi kumpulan nasyeed yang terbaik yang pernah saya kenali!oops! Sekali lagi, saya bukan ahli al Arqam atau Global Ikhwan ye 

3.Laskar Pelangi/Negeri 5 Menara.

Merupakan koleksi tetralogi dan trilogi tulisan indon yang pertama yang saya follow(ye ke ?)Buku yang membuka pintu, buat saya mengenal buku buku indon lain seperti karya Salim A.Fillah dll.Negeri 5 Menara,buku yang dibaca ketika fatrah dekat sekali mau SPM, buku yang saya pinjamkan kepada seorang guru dan kerana buku ini, saya dihadiahi dua buah buku lain Kerana buku ini juga, saya sangat kagum dengan sistem pengajian di pondok pondok moden di tanah seberang!



4.Tariq Ila Qulub

Sehingga sekarang saya masih lagi mempraktikan beberapa petua yang dinukilkan dalam buku ini. Bahkan, buku ini juga memang menjadi buku wajib yang saya akan cadangkan kepada ahli usrah pintar dan akademi daei saya! Pesan dalam buku ini ada tertulis, 'Sehari kehidupan seorang daei, adalah setahun kehidupan seorang awam'.Deep. Saya mungkin salah seorang dalam banyak manusia lain yang terkesan dengan tulisan Abbas as sisi ini.Alhamdulillah!

5. Secangkir Teh Pengubat Letih

Mungkin bukan karya terawal yang dibaca berbanding Rindu Pohon Tin, tetapi kesan buku ini membuatkan saya merasakan 'escape' ke Turki merupakan satu terapi yang cukup tenang!Tak heran, walaupun dah dua kali menjadi tetamu bumi Al Fateh, Turki masih lagi dalam list negara yang ingin sekali lagi dijejaki!Dan setiap kali menjejak kaki di kota Al Fateh ini sering saya terlintas 'patutla Ustaz Hasrizal suka sangat datang Turki'. 




Pintu Utama Masjid Biru Summer 2014


6.Prophetic Parenting

Buku bacaan seorang sahabat, kata beliau "tak perlu tunggu dah ada orang baru nak start baca buku parenting!".luls. *maaf jika kurang thiqah*
Terima kasih sahabat!buku ni sememangnya memberi kesan yang besar selama saya memiliki buku ini.Alhamdulillah 

7.Everyday Greatness

Buku English pertama yang dibeli di toko buku Readers Taj Mall sepanjang keberadaan di Jordan!Serius, kalau ada orang nak pinjam pun, tak boleh pinjam lama lama buku ni!

8.The Secret

Siri The Secret yang pertama yang saya baca ketika terjumpa buku ini di library JUST. Saya belajar membayar denda di library JUST (yang agak leceh) kerana terlewat memulangkan buku!Sehingga sekarang, saya serik meminjam buku di library  penulisnya Rhonda,yang mengenalkan saya tentang The Law of Attraction!

9.The Power Of Holy Quran

Buku tulisan Amru Khalid yang sejujurnya sangat menarik! Kembali membuatkan kita untuk lebih menghargai dan mendalami bacaan dalam solat, bahkan menghayati setiap aturan qalam Allah. Yang pasti, permulaan awal untuk langkah langkah yang lebih jauh dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan Al quran, yang bukan sekadar menjadi amalan lisan, tetapi juga menjadi amalan hati yang menggerakkan anggota kita untuk beramal dengan suruhan al quran.Ameen ya Rabb!

10.Raheeq Makhtum

Mula dengar tentang buku ini daripada seorang sahabat.Mula memiliki setelah seorang senior mewaqafkan buku photostat Raheeq Makhtum ini sebelum beliau grad.Mula membaca serius buku ini ketika menghabiskan siri Omar The Siries.Kerana buku ini, saya bersyukur dapat menyorot kembali sirah Rasululllah SAW dan walaupun ketika di usia 20 tahun baru saya tahu bahawa terdapat 'ralat' dalam sirah yang selama ini saya dengar dan belajar! Antara 2 'ralat' tersebut adalah:

1.Tarikh lahir baginda Rasulullah SAW bukan pada 12 Rabi ul Awwal
2.Perkataan terakhir yang disebut Rasulullah bukanlah ummati ummati ummati!

Jika kalian masih belum tahu(saya yakin pasti ramai dah tahu, lagi lagi kalau kalian pelajar yarmouk) sila lah baca buku Raheeq Makhtum, dan sampai sekarang saya masih menggunakan buku photostat tersebut kerana masih tak berpeluang lagi nak beli buku yang original/terjemahannya.*nak hadiahkan untuk saya ? :p*

Sebenarnya ada beberapa buah buku lain yang lebih memberi kesan kepada diri dan kehidupan saya, tetapi sengaja saya tidak kongsikan walaupun ada orang request  mintak maaf salah silap , semoga bermanfaat untuk semua :)


Mungkin apa yang kita baca banyak mempengaruhi hidup kita, tetapi pada saya secara peribadi, 'manusia' yang pernah kita lewati dan dan insan insan yang pernah kita kenali serta yang hidup bersama kita sehari hari lebih memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita.Apa pun, alhamdulillah atas nikmat mata yang mampu membaca bait bait tulisan dan kerana nikmat mata juga kita dapat mengenal insan insan yang mempengaruhi hidup kita :)

Bacalah untuk menghargai nikmat mata, bukalah hati untuk menghayati rahsia ibrah setiap cerita :)

Siti Amnah Deraman
Selepas Subuh,
4 September 2011.

Tuesday, September 2, 2014

KITA TIDAK LEBIH BAIK


Hidup dalam masyarakat Arab, kita akan lebih senang dan selesa mengatakan, “Inilah Arab”,” Arab memang macam ni”, “ Bodoh la Arab” apabila berhadapan dengan beberapa insiden. Nak-nak insiden yang selalu sangat kita hadapi. Hinggakan kita terlupa, kita juga hadapi perkara yang sama sesama kita.

BUANG SAMPAH
Jalan tak rupa jalan kalau duduk kat negara Arab ni. Sampahnya macam rumput. Maka, automatik kita akan hukum bahawa Arab suka buang sampah.
Bagi mereka yang logiknya kurang disiplin, reasoningnya banyak silap, mereka akan mengatakan memang inilah perangai Arab. Inilah yang dipanggil generalization. Konsep pukui samo ghato kata orang kedah. Apapun kita tak leh nafi memang rata-rata masyarakat sini tak kisah sangat nak buang sampah, tapi bukan semua.
Dengan kita menolak konsep generalization ini, maka keluarlah cerita pada sisi lain. Ramai sebenarnya daripada mereka yang sedar dan mereka usaha untuk ubah, cuma budaya tak kisah ini sudah pekat, likat, lekat pada dinding otak. Sukar dikikis. Dan sebenarnya, ada juga daripada kita yang perangainya juga begitu. Cumanya nisbahnya lagi sedikit.
Kita suka sangat menggunakan dalil generalization, hingga yang kat tepi kita buat pun, kita terpaksa tutup mata. Ya, kita pun ada buat. Malah semakin ramai. Kita tak sedar.

DATANG LAMBAT
30 minit Arab datang lambat. Mulalah mulut zikir sumpah seranah, pointnya Arab memang suka mungkir janji. Esoknya berjanji dengan kawan melayu kita, 15 minit dia lambat. Ok, rilek je. Biasa la. Dia maybe tertidur, rumah jauh, ada masalah kat rumah. So, no problem.
Kenapa assumption begitu tak dikira apabila yang lambat itu Arab. Tapi bila Melayu, banyaklah pula husnu zonnya.
Dalam pengajian psikologi, ini kita namakan ini sebagai confirmation bias. Kita lebih selesa untuk convert satu hal itu, selari dengan kehendak dan teori kita. Bilamana kita letakkan teori, ‘Arab memang selalu lambat’, maka segala benda yang sampai kepada kita, akan mengiakan teori itu. Tapi bilamana kita tidak meletakkan teori Melayu itu lambat, maka segala yang datang, sekalipun membuktikan Melayu pun ada yang lambat, kita terpaksa menafikan yang Melayu itu lambat.
Datang program, datang meeting, datang riadah. Setiap masa dan ketika, kita (melayu) selalu lambat. Dari pucuk pimpinan, hinggalah kepada ahli pasif, semuanya ada yang lambat. Hinggakan lambat laun, ia akan menjadi tabiat dan seterus menjadi budaya kita semua. Bukan Arab sahaja, kita juga. Sebab itu, kita tidak lebih bagus dari mereka.

MUHASABAH

                Karangan ini bukan untuk menyenarai panjang segala masalah. Cukuplah sekadar kita sedar, bahawa kita juga banyak kurangnya. Selesalah untuk berkata, “Kita pun ada buat,” dan “ Kita kena berubah”. Apapun, banyak lagi isu fundamental yang perlu diperbaik. Akademik, pemakaian, akhlak berkomuniti, hiburan yang tak sudah-sudah. Kena sedar la semua. kena pakat jaga, pakat tegur blake. Syurga bukan poyo.



Amir Lutfi, Pengerusi MMY 14/15

Sunday, August 31, 2014

6 Kejutan Budaya untuk Pelajar Baru PERMAI


Kejutan budaya adalah suatu perkara yang biasa di mana-mana tempat baharu. Segala budaya yang baik, sama-samalah kita amal dan sebarkan, manakala yang tak baik, kita jadikan pengajaran. Keunikan budaya di Jordan, khususnya di kota Irbid, sangatlah banyak, baik dari segi masyarakat sehinggalah ke alam sekitarnya. Ia adalah pengajaran berterusan yang bakal memberi makna yang mendalam sepanjang keberadaan kita di sini.

Di sini, saya senaraikan 6 kejutan budaya menurut pandangan saya. Ianya tidak pernah berhenti mengesani saya sehinggalah hari ini.  ^^

1. Muraqib

Saya masih ingat sewaktu di tahun pertama, semua rakan-rakan saya (syabab) menunggu-nunggu panggilan pertama untuk muraqib. Menyelesaikan tugas muraqib pertama seolah-olah menyelesaikan tugas seorang ‘superhero’, Hehe..  Semua orang pun pasti akan merasainya. Secara mudahnya, muraqib ini adalah sistem keselamatan untuk melindungi akhawat-akhawat kita di sini yang berurusan pada waktu malam. Sayangnya, semakin umur dewasa, biasanya, syabab-syabab semakin hilang ‘hero’nya, akhawat-akhawat pula semakin yakin dengan kemampuan mereka  :) . Oleh itu, bersedialah. Ianya tugas kita bersama.

2. Hon

Ini adalah budaya yang sentiasa mengharukan suasana. Untuk rakan-rakan yang tinggal berdekatan jalan yang sibuk pasti akan terbiasa dengannya. Pak arab di sini gemar melampiaskan ketidaksabaran mereka menggunakan hon. Sewaktu minggu pertama saya di sini, inilah benda yang paling ‘annoying’. Ubatnya, tidak dapat tidak, kenalah sabar dan sabar. Lama-kelamaan, terbiasalah nanti.

3. El-Classico

Di Malaysia, selain terkenal dengan kepelbagaian kaum, kita juga mempunyai kepelbagaian minat dalam memilih pasukan bola sepak. Kita ada peminat pasukan dari Liga Malaysia, Liga Inggeris, Liga Sepanyol dan lain-lain. Di sini, rata-ratanya cenderung untuk memilih 2 pasukan sahaja. Kalau tidak Real Madrid, maka Barcelona. Kalau tidak Barcelona, makanya Real Madrid. Beginilah kitarannya. Perkara yang bakal menjadi kejutan ialah apabila 2 pasukan ini berentap di satu padang. Ianya akan menghidupkan suasana malam dengan kemeriahan yang tidak terkata. So, kepada peminat-peminat bola sepak, behave yourself! Not to choose also is a choice. ^^

4. Coaster

Coaster adalah bas kecil yang memuatkan 23 orang termasuk pemandu. Untuk pelajar JUST, inilah kenderaan yang bakal menyempurnakan rutin kalian untuk ke universiti. Ya, kaedahnya sama sahaja seperti menaiki bas Tai Lye, Rapid KL atau Bas Sekolah, cuma keunikannya ialah apabila anda mula berfikir, macam mana nak suruh pak cik ‘driver’ berhenti ek? Anda hanya memerlukan alatan keluli (seperti syiling) dan ketukkan pada cermin di hujung kerusi. Percayalah, coaster tadi akan berhenti mengikut kemahuan kita. Selamat mencuba!

5. Kegilaan Arab

Sehingga hari ini, saya masih yakin, bahawa Arab yang soleh itu lebih ramai sebenarnya. Cuma mungkin kehadirannya kadangkala kurang memberi kesan di hati kita. Yang kurang baik pula, selalunya kita akan ingat sampai bila-bila. Begitulah manusia. Apa yang mahu ditekankan di sini, kegilaan sesetengah Arab pasti akan memberi kejutan untuk kita yang baharu. Kita akan jumpa dengan Arab jalanan, yang mengemis setiap hari, ada yang mulutnya mengherdik-herdik. Kalau yang bergaduh, tindakannya luar jangkaan. Di hari keraian seperti keputusan tawjihi (SPM), suasananya huru-hara. Semuanya akan terpalit kepada bagaimana kita ‘alert’ dan menjaga keselamatan diri. Mudahnya, ambil beratlah peraturan dan nasihat yang akan diberikan nanti ya!

6. Duit

Untuk yang terakhir, tidak kurang juga pentingya. Biasanya, di minggu-minggu awal, kita gemar ‘convert’kan setiap barang pembelian kita. Kononnya nak memuaskan hati kalau-kalau ada barang yang lebih murah dari Malaysia. Ia hanyalah mimpi di siang hari, hehe.. Jika kita ‘convert’kan perbelanjaan bulanan kita di sini, kita akan terkejut.. “Eh, banyaknya..”. So, ingatlah, ustaz saya pernah pesan, perbelanjaan bijak bukanlah perbelanjaan yang sedikit atau banyak, tetapi perbelanjaan yang berpatutan.


Sebagai penutup, persediaan dan pengetahuan adalah pokoknya. Apa pun kejutan baik dari sudut budaya masyarakat mahupun persekitaran, ianya adalah suatu pengalaman untuk kita belajar. Jangan takut menempuh perubahan kerana hakikatnya, begitulah kehidupan. Sentiasa bergerak, berubah dan maju merentas masa.



Ariff Solihin Khairul Anuar
31.08.2014 | Kota Irbid





Monday, August 4, 2014

Ibu Dan Ayah

kita adalah apa yang kedua-dua ibu bapa kita doakan..
sewaktu kecil kita,
dan sepanjang kita membesar...

doa mereka itu berkatnya berlipat-lipat,
doa mereka itu luar biasa kekuasaannya..

bahkan,
redha mereka terdahulu sebelum redha Allah..

kalian percaya ?

maka berimanlah,


Amnah
10.18 pm
4 Ogos 2014

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Bulan Cinta [2]


Ramadhan adalah bulan yang menghidupkan jiwa. Kita menahan diri dari segenap perkara dan keenakan dunia. Kita menahan makan, minum dan syahwat. Kita alih buat sementara waktu, hijab yang selama ini membelenggu dan menutup mata jiwa kita. Menghidup dan mencelikkan mereka terhadap diri kita sendiri. Sejauh mana aku telah berbakti untuk sekalian manusia. Sejauh mana aku telah sempurnakan tanggungjawab sebagai hamba.

Bila menyebut mengenai tradisi amalan puasa, saya teringat akan kali pertama saya menjinakkan diri dengan ibadat ini. Umur saya sekitar 6 tahun. Itulah kali pertama saya bangun sebegitu awal. Dikejut oleh ibu saya untuk bangkit di tengah keheningan sepertiga akhir malam. Pada mulanya ia agak berat. Namun, berbekalkan semangat yang ditanam ayah dan ibu, saya gagahkan diri untuk bangkit.

Bila umur meningkat, saya mula sedar, betapa nikmatnya apabila kita mampu bangun setiap hari pada waktu sebegitu. Dipertengahan antara malam dan siang. Sepertiga akhir malam yang dikatakan sebagai waktu yang mustajab untuk kita berdoa. Waktu yang digalakkan untuk kita isi dengan ibadah mengingati Tuhan. Sejak zaman kenabian, sehinggalah hari ini. Amalan ini masih hidup subur di rumah-rumah dan masjid-masjid.



Dalam falsafah Yin Yang ada menyebut mengenai pasangan dalam setiap elemen yang wujud di dunia. Lelaki berpasangan dengan perempuan, sejuk dengan panas , begitu juga siang dan malam. Keunikan dan keistimewaan akan lahir apabila dua elemen bertemu sifat dan cirinya. Ia akan mewujudkan keharmonian dan ketenangan. Sepertiga akhir malam adalah tempoh perubahan untuk bertemu siang. Tidak peliklah apabila dikatakan sepertiga akhir malam ini merupakan tempoh yang paling tenang suasananya. Anginnya juga berbeza dari biasa. Maka rugilah kita jika waktu-waktu emas sebegini tidak kita guna untuk melatih diri, menikmati ketenangan ini, berjinak-jinak dengan qiamullail.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air. Mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam; dan pada akhir malam mereka memohon keampunan Allah” (Surah Adz Dzariyyat 15-18)

Disiplin dan persediaan

Manusia adalah ciptaan yang terhebat. Hal ini jelas disebut dalam Surah At Tin ayat 4.

“Sungguh, kami telah menciptakan manusia dalam ciptaan yang sebaik-baiknya”

Untuk mengenal Tuhan, kita perlu melihat akan tanda-tanda yang diberikan melalui ciptaanNya. Dalam Al Quran, Allah menggalakkan kita melihat dan berfikir akan segala tanda yang diciptakan di sekeliling. Ironinya, ciptaan terhebat Allah tersangatlah dekat. Ia adalah diri kita sendiri. Mengenal diri kita sendiri adalah salah satu jalan mengenal Tuhan.

“Kami memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kebesaran Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar…” (Surah Fussilat ; 53)

Imam Al Ghazali dalam Kimiya-e Saadat (The Alchemy of Happiness), dalam bab Pengetahuan terhadap diri sendiri, mengumpakan diri manusia sebagai sebuah kota. Jiwa rohani sebagai raja, pelbagai fakulti pancaindera dan organ sebagai tenteranya. Minda sebagai menteri yang menyusun atur, nafsu sebagai pemegang harta kekayaan dan kemarahan sebagai unit polis. Pemegang harta cenderung untuk pecah amanah dan polis sering bertindak keras di luar kawalan. Kedua-dua unit ini perlu sentiasa diawasi rapi oleh raja, tetapi tidak dinafikan kepentigan fungsinya untuk kota. Kedua-dua unit ini juga mampu membawa bahaya jika mereka menjajah menteri (minda). Maka, sistem ini harus sentiasa diawasi rapi. Ini adalah contoh ilmu mengenal diri sendiri.



Ramadhan juga mengajar manusia mengenal diri mereka sendiri. Kita belajar untuk menguasai dan mendisiplinkan diri. Kita mengenal selok belok pengawalan terhadap diri. Di bulan ini, kita berjaya menjadi raja kepada diri sendiri.

Sebelum fajar menyinsing, kita telah bangun untuk bersahur. Sebagai tanda persediaan untuk berpuasa di siang hari. Di waktu ini, kita sudah mula menghayati ibadah puasa itu sendiri. Kita duduk di meja menjamu nasi, memperingat diri bahawa aku akan berpuasa. Kita menyiapkan diri, bangkit dan memperteguh niat. Makan bukanlah untuk kenyang sangat, tetapi lebih kepada persediaan menempuh siang hari. Manusia secara fitrahnya memerlukan persediaan dalam setiap tidakannya. Ini adalah sumber keyakinan dan kekuatan. Sebagaimana kita bersedia rapi sebelum imtihan kuliah. Sebagaimana kita bersedia sebelum hari perlawanan sukan, begitu jualah dalam ibadah.


Seperti juga ibadah solat, kita perlu berwudhu’ sebagai tanda menyedia dan menyucikan diri. Di bulan ini, bahkan dalam ibadah puasa di bulan lain sekalipun, kita dianjurkan untuk bersahur sebagai tanda sedia. Di waktu persediaan ini, hati kita akan mula menghayati makna ibadah yang akan kita lakukan. Sewaktu bersahur inilah kita akan buang segala cerita dunia, dan bersedia untuk menghambakan diri.  Kita disunatkan untuk melambat-lambatkannya, sehingga kalau boleh sewaktu melalui garisan permulaan iaitu sewaktu azan subuh itu kita sedar, puasa kita sedang bermula.

Meski di luar ibadah khusus, kita akan rasa nikmat yang berbeza jika kita bersedia sebelum bermula. Terkadang kita sering terlepas pandang akan kepentingan persediaan sebelum apa-apa tindakan. Di bulan ini, kita melatih diri dan mencelikkan hati, bahawa persediaan rapi akan memberi natijah yang lebih baik.

Inilah antara disiplin yang perlu kita amalkan untuk menguasai diri kita sendiri. Kadangkala, kita terasa berat untuk melakukan suatu persediaan. Terkadang kita terlalu yakin mengatakan kita sudah bersedia. Di bulan ini, kita mengenal kembali apakah makna sebenar persediaan. Ia adalah mujahadah terus-menerus. Ia adalah disiplin yang diulang-ulang. Kita akan rasakan sendiri nikmat dan pengalamannya.

Akhirnya, persediaan ini sebenarnya adalah cerminan hidup.  Mengenang kembali kehidupan ini juga tidak lain hanyalah ruang persediaan kita sebelum bertemu Tuhan. Persediaan untuk kehidupan yang abadi di akhirat nanti.

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan di dunia hanyalah kesenagan yang memeprdaya" (Surah Ali 'Imran ; 185)

Moga Allah terus-menerus merahmati kita di bulan keampunan ini. Moga masa kita dimanfaat sebaiknya untuk mengenal diri dan menabur bakti. Moga di bulan ini, kita mampu mengutip segala mutiara hikmah yang tersembunyi di sebalik pensyariatannya. Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertakwa.

Ramadhan Kareem!

Jam 2200
1 Ramadhan 1435H

Ariff Solihin Khairul Anuar